Connect with us

Terkini

Menteri dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya – PM

Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Tindakan disiplin akan diambil jika terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan guna jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Beliau memberi jaminan itu kerana ia merupakan keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.
  • “Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (membanteras rasuah), budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon (sesuatu pilihan raya) saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.
  • “Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
  • Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

KUALA LUMPUR – Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan itu kerana ia merupakan keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.

“Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (membanteras rasuah), budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon (sesuatu pilihan raya) saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.

“Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

Menjawab soalan asal Awang yang ingin tahu fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, Anwar berkata kerangka strategi itu dijangka dibentangkan di sidang Parlimen, esok.

“Ini (NACS 2024-2028) adalah satu kesinambungan yang lalu tetapi ia dimantapkan secara lebih spesifik mengenai apa-apa isu tentang dasar dan strategi pelaksanaan.

“Kita lihat umpamanya, masalahnya ialah penguatkuasaan, dan sebab itu dalam strategi NACS ditekankan lima strategi teras dan ada substrategi dan strategi penguatkuasaan termasuk pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat dan insentif untuk membanteras rasuah ini,” kata Anwar.

Mengenai soalan Awang berhubung pelaksanaan reformasi institusi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara telus dan bebas dari campur tangan eksekutif, Anwar berkata suruhanjaya itu akan dikekalkan sebagai badan pemantau bagi hal berkaitan rasuah dan salah laku dalam negara.

Selain itu, peranan sama akan dimainkan jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai Ahli Parlimen.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak mengarahkan atau mencampuri urusan SPRM dalam tindakan pendakwaan terhadap mana-mana pihak sama ada sebelah kerajaan mahupun pembangkang yang terlibat kes rasuah.

“Tindakan SPRM ini harus didukung dan saya selalu menggesa SPRM supaya bertindak lebih pantas, lebih berani kerana kita sudah terima kenyataan bahawa ia (rasuah) sistemik, sebab itu setiap langkah diambil SPRM itu, saya beri sokongan.

“Tetapi andaian bahawa kita campur itu (adalah) andaian kerana kita warisi sistem yang lama…ini jadi isu besar apabila jentera kerajaan, termasuk SPRM diperalatkan politik untuk mendera musuh, ini yang kita warisi.

“Ya, SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan, tetapi saya tak campur saya tak arahkan, soal nak tohmah silakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kes berkaitan rasuah dalam kalangan ahli politik sebenarnya tidak banyak, sebaliknya lebih banyak melibatkan syarikat dan penjawat awam.

“Sama ada SPRM pilih suarakan atau melaporkan perkara itu, itu soal mereka, tetapi kalau saya jumpa, saya akan terus gesa (SPRM) ambil tindakan, supaya dalam setahun atau dua tahun ini kita dapat beri mesej jelas supaya bersihkan (banteras rasuah), kalau tidak ia akan menjadi parah,” kata Anwar. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending