Connect with us

Terkini

Tun M dakwa Kerajaan Perpaduan takut dengan orang Melayu

Program Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu bukan agenda mana-mana parti politik, sebaliknya ia hanya untuk menyatukan orang Melayu yang semakin berpecah pada masa ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tun M dakwa Kerajaan Perpaduan takut dengan orang Melayu
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
  • Program Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu bukan agenda mana-mana parti politik, sebaliknya ia hanya untuk menyatukan orang Melayu yang semakin berpecah pada masa ini.
  • Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Marzuki Yahya, berkata program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.
  • “Kami tidak mewakili mana-mana parti politik, sebaliknya gerakan ini hanya mahu menyatukan orang Melayu yang kini semakin berpecah akibat politik negara,” katanya pada sidang media Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu, di sini, semalam.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, kerajaan tidak perlu takut dengan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu sehingga enggan membenarkan mereka membuat perjumpaan.
  • “Mereka takut segala salah laku mereka akan terbongkar apabila orang Melayu bersatu dan sedar perbuatan mereka selama ini,” katanya.

KUALA LUMPUR: Program Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu bukan agenda mana-mana parti politik, sebaliknya ia hanya untuk menyatukan orang Melayu yang semakin berpecah pada masa ini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Marzuki Yahya, berkata program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik, sebaliknya gerakan ini hanya mahu menyatukan orang Melayu yang kini semakin berpecah akibat politik negara,” katanya pada sidang media Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu, di sini, semalam.

Marzuki berkata, maklumat terkini pergerakan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan dihebahkan kepada semua rakyat melalui pelbagai saluran termasuk media sosial selepas ini.

Ditanya peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam jawatankuasa itu, beliau berkata, Dr Mahathir hanya penasihat kepada gerakan itu.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya pada majlis sama memuji tindakan Kerajaan Perpaduan yang progresif membanteras kegiatan rasuah dalam kalangan pemimpin negara.

“Namun saya sedikit terkilan, tindakan hanya diambil jika mereka adalah daripada parti pembangkang.

“Kerajaan harus sedar pesalah rasuah ada di mana-mana termasuk dalam pemimpin kerajaan kini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu takut dengan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu sehingga enggan membenarkan mereka membuat perjumpaan.

“Mengapa perlu takut dengan saya yang kalah 125 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, bukan kalah sikit, deposit pun hangus semua,” katanya.

Dr Mahathir mendakwa pentadbiran kerajaan kini lebih zalim daripada penjajah British kerana ketika pemerintahan British, orang Melayu masih boleh berkumpul dan bersuara.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pembatalan perjumpaan Proklamasi Orang Melayu sebanyak empat kali sebelum ini mungkin disebabkan tangan ghaib yang takutkan bayang-bayang sendiri.

“Mereka takut segala salah laku mereka akan terbongkar apabila orang Melayu bersatu dan sedar perbuatan mereka selama ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan meneruskan kempen itu di media sosial dan segala saluran publisiti lain termasuk jelajah rakyat di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending