Connect with us

Terkini

Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan – Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menuntut Kerajaan Perpaduan menyempurnakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun akan datang kerana hanya langkah itu dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi dalam kerajaan masih membara. 

Wartawan TMT

Published

on

Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan – Guan Eng
Foto: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
  • Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menuntut Kerajaan Perpaduan menyempurnakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun akan datang kerana hanya langkah itu dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi dalam kerajaan masih membara. 
  • Beliau menuntut Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah. 
  • Pengerusi DAP itu berkata, penjelasan lanjut daripada Peguam Negara dapat meyakinkan rakyat kerana kerajaan perlu mengakui banyak pihak termasuk Majlis Peguam tidak berpuas hati terhadap keputusan itu.
  • “Hanya dengan langkah ini barulah saya percaya dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan masih membara lagi dan bukan seperti yang dilaungkan oleh pihak tertentu,” katanya semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menuntut Kerajaan Perpaduan menyempurnakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun akan datang kerana hanya langkah itu dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi dalam kerajaan masih membara. 

Sehubungan itu, beliau menuntut Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah. 

Pengerusi DAP itu berkata, penjelasan lanjut daripada Peguam Negara dapat meyakinkan rakyat kerana kerajaan perlu mengakui banyak pihak termasuk Majlis Peguam tidak berpuas hati terhadap keputusan itu.

“Hanya dengan langkah ini barulah saya percaya dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan masih membara lagi dan bukan seperti yang dilaungkan oleh pihak tertentu,” katanya semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin bagaimanapun dalam celahan mempersoal jika Guan Eng menjangka berlaku pertukaran Peguam Negara, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang disebut Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu, sebelum ini. 

Radzi: Berkaitan apa yang disebut tentang DNAA, Yang Berhormat (YB) Kota Raja (Mohamad Sabu) menyebut sebelum PRU15 bahawa jika Barisan Nasional (BN) menang, maka Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan ditukar. Apakah perkara ini telah dijangka oleh YB sebelum PRU15? 

Guan Eng: Saya tidak faham mengapa YB Putrajaya bising. Peguam Negara tidak ditukar, Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan lepas dikekalkan juga oleh Kerajaan Perpaduan. Jangan ada dua darjat (double standard) di sini.

Radzi: Saya tanya adakah YB jangka perkara ini? 

Guan Eng: Saya tidak benarkan. Duduk dahulu. Apabila kita kekalkan lantikan oleh kerajaan yang lama, mengapa tak bising? Hanya bising apabila tidak berpihak kepada anda. Jadi, janganlah berpolitik di sini. Tidak guna kerana ini tidak akan membawa kebaikan kepada negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending