Connect with us

Terkini

Melayu mungkin dapat manfaat daripada pilihan raya PBT – Naib Pengerusi DAP Perak

Cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilontarkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, baru-baru ini boleh memberi manfaat kepada orang Melayu. 

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari.
  • Cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilontarkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, baru-baru ini boleh memberi manfaat kepada orang Melayu. 
  • Menegaskan perkara itu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari meminta pemimpin Melayu yang menentang cadangan itu agar berhenti daripada menakutkan orang Melayu dengan pilihan raya PBT.
  • “Jika ia dilakukan dengan betul, orang Melayu mungkin mendapat manfaat daripada pilihan raya PBT dan bukannya kehilangan kuasa,” kata Aziz Bari dipetik Malaysiakini.
  • Sebelum ini, cadangan Tan Kok Wai bagi menghidupkan semula pilihan raya PBT ini mendapat tentangan hebat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam dan pemimpin Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Selain daripada kedua orang pemimpin Melayu itu, Isham Jalil yang pernah memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga menentang keras pelaksanaan pilihan raya PBT itu.

KUALA LUMPUR – Cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilontarkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, baru-baru ini boleh memberi manfaat kepada orang Melayu. 

Menegaskan perkara itu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari meminta pemimpin Melayu menentang cadangan itu agar berhenti daripada menakutkan orang Melayu dengan pilihan raya PBT.

“Jika ia dilakukan dengan betul, orang Melayu mungkin mendapat manfaat daripada pilihan raya PBT dan bukannya kehilangan kuasa,” kata Aziz Bari dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, cadangan Tan Kok Wai bagi menghidupkan semula pilihan raya PBT ini mendapat tentangan hebat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam dan pemimpin Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Kedua-dua mereka menganggap semua orang mengundi mengikut garis perkauman. Sudah tiba masanya untuk mereka bangun daripada terperangkap dalam masa lalu,” katanya.

Aziz Bari juga menolak dakwaan bahawa pilihan raya itu bertujuan mengukuhkan penguasaan DAP di kawasan bandar.

“Kedua-dua mereka yang lahir selepas merdeka sepatutnya mengkaji lebih lanjut mengenai subjek itu.

“Hakikat bahawa generasi tua seperti saya yang berusia 60-an dan Tan yang berusia 70-an prihatin terhadap pendemokrasian, manakala generasi muda terperangkap dalam masa lalu,” katanya.

Selain daripada kedua orang pemimpin Melayu itu, Isham Jalil yang pernah memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga menentang keras pelaksanaan pilihan raya PBT itu.

The Merdeka Times melaporkan Isham Jalil menegaskan cadangan itu diutarakan kerana Kok Wai yakin beliau dan ahli partinya akan memenangi kerusi dipertandingkan sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan. 

Isham berkata situasi itu boleh menyebabkan ketidakstabilan sosioekonomi kaum kerana parti DAP didominasi satu kaum di mana parti itu juga dominan di Kuala Lumpur.  

“Kesan dia kawasan-kawasan bandar besar ni, akan dikuasai parti-parti tertentu. Parti-parti tertentu tu kaum-kaum tertentu yang dominan. 

“Kalau berlaku ketidakseimbangan dan tragedi, dia akan memberi kesan negatif kepada satu negara. 

“Sebab macam dulu, tragedi 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi satu negara dapat kesan daripada kejadian itu,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending