Connect with us

Terkini

KPM diminta tubuh jawatankuasa pantau kakitangan tidak sokong Kerajaan Perpaduan

Seorang perwakilan Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 semalam meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatankuasa pemerhati untuk memantau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Wartawan TMT

Published

on

KPM diminta tubuh jawatankuasa pantau kakitangan tidak sokong Kerajaan Perpaduan
Foto: Perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir (kiri) & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • Seorang perwakilan Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 semalam minta Kementerian Pendidikan (KPM) wujudkan jawatankuasa pemerhati untuk pantau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.
  • “Kami mohon Kementerian Pendidikan, mungkin baik andainya diwujudkan jawatankuasa pemerhati kerana ada fenomena dalam kalangan kakitangan yang membimbangkan yang tidak menyebelahi Kerajaan Perpaduan,” kata perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir. 
  • Ditemui pemberita kemudian, Haryati menjelaskan, ia cadangan PKR Johor kerana wujud kebimbangan ada dalam kalangan penjawat awam menentang Kerajaan MADANI.
  • “Jawatankuasa yang dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan. Ia untuk memerhati, membendung dan mengkaji, mungkin ada benda-benda yang boleh diperbetulkan, ditambah baik,” katanya.

PUTRAJAYA: Seorang perwakilan Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 semalam meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatankuasa pemerhati untuk memantau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Kluang ketika membahaskan ucapan dasar presiden, berkata situasi itu dilihat kian membimbangkan, sekali gus langkah segera perlu diambil.

“Kami mohon Kementerian Pendidikan, mungkin baik andainya diwujudkan jawatankuasa pemerhati kerana ada fenomena dalam kalangan kakitangan yang membimbangkan yang tidak menyebelahi Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Ditemui pemberita kemudian, Haryati menjelaskan, ia hanyalah cadangan daripada PKR Johor kerana wujud kebimbangan ada dalam kalangan penjawat awam menentang Kerajaan MADANI.

“Jawatankuasa yang dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan. Ia untuk memerhati, membendung dan mengkaji, mungkin ada benda-benda yang boleh diperbetulkan, ditambah baik.

“Maksudnya secara keseluruhan kerana sebenarnya, kakitangan awam masih ada belum menyokong (Kerajaan Perpaduan). Kalau boleh, kita mahu mereka beri sokongan sewajarnya sebab mereka penjawat awam, sepatutnya kenalah sokong,” katanya.

​Dalam ucapannya juga, beliau turut membangkitkan isu mengenai sesetengah pegawai kepada menteri yang dilihat ‘lebih sibuk’ berbanding menteri yang diakui berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

“Apa yang dikesali, ramai akar umbi mengadu dan mendakwa pegawai kepada menteri ‘lebih sibuk’ daripada menteri,” katanya turut memaklumkan, PKR masih terpinggir di Johor walaupun wujud kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri.

Haryati berkata, pihaknya sedar PKR hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, yang menyebabkan suara parti diketepikan, namun ia menyumbang tujuh kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan.

“Tampuk kepimpinan diterajui insan hebat, Perdana Menteri kita (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tapi kami di akar umbi masih tercari-cari kemanisannya.

“Semoga ada sinar dengan usaha di peringkat tertinggi untuk mengangkat suara kami dan bawa naratif perjuangan jelas di wilayah Selatan. Semoga Johor tetap menjadi kubu terkuat mendepani asakan musuh kita, Perikatan Nasional (PN),” katanya.

​Sementara itu, perwakilan Pahang, Mohd Rafly Mohd Satar pula meminta PKR mengorak langkah pantas dan mempunyai cita-cita menjadi parti dominan dalam kerajaan pada masa akan datang.

“Kita perlu berfikir secara besar, perlu ada cita-cita untuk menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran negara pada masa akan datang. Kita mesti mengorak langkah dengan pantas dalam memastikan parti kita dapat terus menarik minat dan sokongan semua rakyat terutama penduduk kampung dan pedalaman,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending