Connect with us

Terkini

Langkah Dubai tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Wartawan TMT

Published

on

Langkah Dubai tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.
  • “Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.
  • “(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya, hari ini.
  • Pada 30 Disember lalu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud Langkah Dubai didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, rancangan diketuai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.

“(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata tumpuan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya ketika ini adalah membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Pada 30 Disember lalu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud Langkah Dubai didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Selain pemimpin pembangkang, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Ismail mendakwa Langkah Dubai itu timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. 

Dakwanya, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab mengenal pasti Ahli Parlimen berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang’.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending