Terkini
Wakil rakyat PN bantah cadangan pantau guru, kakitangan tidak sokong Kerajaan Perpaduan
Dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan PKR Johor supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membentuk jawatankuasa khas memantau guru atau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

- Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata selagi mana guru mengutamakan kualiti pembelajaran dan pengajaran maka tiada masalah sekiranya mereka ingin menyokong mana-mana pihak.
- Katanya, kementerian itu sepatutnya memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sama ada dari segi kualiti kerja guru, pentadbiran sekolah mampan, kemenjadian murid silibus berkesan dan fasiliti yang mencukupi.
- āJika cadangan ini dilaksanakan, jelas bahawa kerajaan pada hari ini mengamalkan dasar reformasi kuku besi,ā katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
- Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad turut menyifatkan cadangan PKR Johor terbabit sebagai idea politik “zaman piring hitam” dan tidak bertamadun.
- Kelmarin, Perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Kluang dilapor mengemukakan cadangan itu di Kongres Nasional PKR 2023 susulan fenomena kakitangan kerajaan tidak menyokong Kerajaan Perpaduan dilihat kian membimbangkan.
KUALA LUMPUR ā Dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan PKR Johor supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membentuk jawatankuasa khas memantau guru atau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata selagi mana guru mengutamakan kualiti pembelajaran dan pengajaran, maka tiada masalah mereka ingin menyokong mana-mana pihak.
Katanya, kementerian itu sepatutnya memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sama ada dari segi kualiti kerja guru, pentadbiran sekolah mampan, kemenjadian murid silibus berkesan dan fasiliti yang mencukupi.
āSaya bimbang ini akan menjadi satu perkara floodgate kepada kerosakan campur tangan politik dalam sistem pendidikan negara kita yang sudah pasti akan menjahanamkan masa depan pendidikan kita.Ā
āJika cadangan ini dilaksanakan, jelas bahawa kerajaan pada hari ini mengamalkan dasar reformasi kuku besi.Ā
āApa guna kerajaan dahulu berguling-guling melawan zaman pentadbiran Barisan Nasional menuntut hak kebebasan jika kerajaan mengamalkan dasar kuku besi terhadap pendidik?ā katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Ahmad Marzuk berkata, setakat ini, belum ada teguran daripada kepimpinan PKR terhadap cadangan itu yang disifatkan beliau sebagai naratif songsang.
Kelmarin, Perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Kluang dilapor mengemukakan cadangan itu di Kongres Nasional PKR 2023 susulan fenomena kakitangan kerajaan tidak menyokong Kerajaan Perpaduan dilihat kian membimbangkan.
Haryati menjelaskan jawatankuasa yang dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan.Ā
āMaksudnya secara keseluruhan kerana sebenarnyaā¦ kakitangan awam masih ada belum menyokong (Kerajaan Perpaduan). Kalau boleh, kita mahu mereka beri sokongan sewajarnya sebab mereka penjawat awam, sepatutnya kenalah sokong,ā kata Haryati.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad turut menyifatkan cadangan PKR Johor terbabit sebagai idea politik “zaman piring hitam” dan tidak bertamadun.
āDalam kongres PKR hujung minggu lepas ada cadangan supaya KPM mewujudkan jawatankuasa pemerhati untuk pantau guru yang menentang kerajaan.
āIni idea politik zaman piring hitam, ini zaman surat khabar lama-lama yang dianggap tidak bertamadun dan laungan MADANI semuanya ke laut belaka,ā kata Idris. ā The Merdeka Times
Sumber : Youtube Parlimen Malaysia
