Connect with us

Terkini

Tiada layanan berbeza negeri ditadbir kerajaan atau pembangkang – TPM

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menafikan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan mewujudkan perbezaan layanan di antara negeri ditadbir kerajaan dengan pembangkang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada layanan berbeza negeri ditadbir kerajaan atau pembangkang – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menafikan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan mewujudkan perbezaan layanan di antara negeri ditadbir kerajaan dengan pembangkang.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejak pelaksanaan JPKKP pada 2008 tidak berlaku sebarang masalah atau isu besar yang timbul dalam pentadbiran di peringkat kampung.
  • Fungsi utama penubuhan JPKKP adalah sebagai penghubung di antara masyarakat kampung dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri.
  • JPKKP bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan pembabitan komuniti setempat ke arah mewujudkan kampung maju dan sejahtera.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menafikan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan mewujudkan perbezaan layanan di antara negeri ditadbir kerajaan dengan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sejak pelaksanaan JPKKP pada 2008 tidak berlaku sebarang masalah atau isu besar yang timbul dalam pentadbiran di peringkat kampung.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata fungsi utama penubuhan JPKKP adalah sebagai penghubung di antara masyarakat kampung dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri.

Katanya, JPKKP juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan pembabitan komuniti setempat ke arah mewujudkan kampung maju dan sejahtera.

“Bagi tujuan ini, JPKKP dilengkapkan dengan 13 anggota yang diketuai oleh pengerusi dan dibantu seorang setiausaha serta 11 Ahli Jawatankuasa.

“Setiap anggota perlu memainkan peranan masing-masing mengikut bidang tugas yang ditetapkan termasuk dalam bidang pengurusan kewangan, pembangunan prasarana, ekonomi, hal ehwal wanita dan keluarga, kesejahteraan, keselamatan, pendidikan dan lain-lain,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (BN-Pasir Puteh) yang meminta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan penjelasan berkaitan penubuhan JPKKP.

Nik Muhammad Zawawi ingin mengetahui skop tugas, peranan dan bidang kuasa yang ditetapkan kepada JPKKP serta adakah diselaraskan di semua negeri seluruh negara.

Beliau juga bertanyakan mengapa wujud perbezaan layanan di antara negeri yang diperintah kerajaan dan pembangkang sedangkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sedia ada di negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN) sudah teratur organisasinya mengendalikan keperluan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Sumber: Berita Harian

Author