Connect with us

Terkini

Pembangkang gesa kerajaan pinda perlembagaan, perkasa undang-undang syariah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa kerajaan supaya meminda perlembagaan bagi memperkasa sistem perundangan syariah.

Avatar

Published

on

Pembangkang gesa kerajaan pinda perlembagaan, perkasa undang-undang syariah
Foto: Naib Presiden Pas, Datuk Dr Idris Ahmad (kiri) & Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan).
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa kerajaan supaya meminda perlembagaan bagi memperkasa sistem perundangan syariah.
  • Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Dr Idris Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini menegaskan perundangan syariah merupakan hak umat Islam di negara ini yang berhak untuk dipertahankan.
  • Pengerusi bersama Sekretariat Gerakan Selamatkan Syariah, Mohd Zai Mustafa pula berharap kerajaan dapat bertindak tegas terhadap pemerkasaan undang-undang syariah ini kerana ia melibatkan bidang kuasa institusi diraja.

PUTRAJAYA- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa kerajaan supaya meminda perlembagaan bagi memperkasa sistem perundangan syariah.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan bagi memastikan sistem tersebut tidak digugat dengan perundangan yang lain.

“Saya hari ini memohon kepada kerajaan untuk mempercepatkan bagi meminda perlembagaan semata-mata untuk kita jadikan syariah undang-undang ini sebagai satu-satunya undang-undang yang boleh digubal oleh semua negeri.

“Kita bersama -sama mempertahankan (undang-undang syariah) demi masa hadapan kita semua,” laung beliau kepada orang ramai ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Syariah di hadapan Istana Kehakiman pada pagi Isnin.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Dr Idris Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini menegaskan perundangan syariah merupakan hak umat Islam di negara ini yang berhak untuk dipertahankan.

Beliau berkata, perhimpunan hari ini bertujuan mengumpulkan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam sebagai solidariti terhadap perundangan Islam.

“Kita harapkan pihak kerajaan untuk mengusulkan (pemindaan) ini. Insyallah, kita di pihak Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menyokong perkara ini,” katanya semasa ditemui wartawan The Merdeka Times.

Advertisement

Pengerusi bersama Sekretariat Gerakan Selamatkan Syariah, Mohd Zai Mustafa pula berharap kerajaan dapat bertindak tegas terhadap pemerkasaan undang-undang syariah ini kerana ia melibatkan bidang kuasa institusi diraja.

“Saya yakin dan percaya, jika usul ini dibuat oleh kerajaan yang mempunyai dua pertiga majoriti di Parlimen ditambah dicampur dengan (sokongan) ahli Parlimen Melayu Islam yang lain, saya kira ia senang untuk dilepaskan di Parlimen,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mencadangkan satu jawatankuasa khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Ia berikutan kebelakangan ini banyak kes yang sedang dibicarakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam membuat dan meluluskan undang-undang Islam (Syariah) serta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang mendengarnya. — The Merdeka Times

Author

Advertisement

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending