Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim Israel bunuh enam pejuang Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel menyerbu kem pelarian di bandar Jenin, Tebing Barat dan membunuh sekurang-kurangnya enam pejuang Palestin, dalam operasi terbaru mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera rejim Israel bunuh enam pejuang Palestin di Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel serbu kem pelarian di bandar Jenin, Tebing Barat dan membunuh sekurang-kurangnya enam pejuang Palestin, dalam operasi terbaru mereka.
  • Antara mangsa termasuk seorang lelaki bersenjata yang juga pejuang Hamas disyaki menembak mati dua beradik dari penempatan Yahudi berhampiran kampung Huwara.
  • Pertempuran tercetus selepas penduduk kem itu melihat tentera Israel keluar dari trak perabot berhampiran sebuah rumah di atas bukit yang menghadap ke tengah kem yang luas dan pejuang segera melepaskan tembakan.
  • Kementerian Kesihatan Palestin berkata, enam rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 16 cedera manakala seorang anggota polis Israel cedera dan tiga cedera ringan.

TEBING BARAT: Tentera Israel menyerbu kem pelarian di bandar Jenin, Tebing Barat dan membunuh sekurang-kurangnya enam pejuang Palestin, dalam operasi terbaru mereka.

Antara mangsa termasuk seorang lelaki bersenjata yang juga pejuang Hamas disyaki menembak mati dua beradik dari penempatan Yahudi berhampiran kampung Huwara, semalam.

Saksi berkata, pertempuran tercetus selepas penduduk kem itu melihat tentera Israel keluar dari trak perabot berhampiran sebuah rumah di atas bukit yang menghadap ke tengah kem yang luas dan pejuang segera melepaskan tembakan.

Dalam pertempuran bersenjata berikutnya, tentera Israel mengepung sebuah rumah di mana lelaki yang disyaki bersenjata bersama pejuang lain berlindung dan menembak peluru berpandu ke arah bangunan itu, menurut kenyataan daripada tentera.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, enam rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 16 cedera manakala seorang anggota polis Israel cedera dan tiga cedera ringan.

Tentera mengenal pasti seorang lelaki bersenjata anggota Hamas itu sebagai Abdel-Fattah Kharusha, yang dikatakan menembak mati dua warga Israel di dalam kereta di pusat pemeriksaan berhampiran perkampungan Palestin, Huwara di Tebing Barat yang diduduki pada 26 Februari lalu.

Dua anak lelakinya turut ditangkap dalam serbuan pada masa yang sama di bandar Nablus.

Menurut kenyataan Hamas dan Daesh, kesemua yang terbunuh adalah lelaki bersenjata dari kumpulan Hamas, Daesh dan Fatah.

“Kami menggesa pejuang rakyat untuk meningkatkan penentangan bersenjata terhadap pendudukan dan memerangi mereka di mana-mana di tanah rumah kami yang diduduki,” kata sayap bersenjata Hamas dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, berkata risiko ini bukan sahaja kepada Palestin dan Israel tetapi kepada rantau ini di mana situasi yang semakin meningkat di luar kawalan adalah penting.

Bagaimanapun, belum ada tanda-tanda keganasan dihentikan, menjelang Ramadan dan perayaan Paskah Yahudi.

Kelmarin, peneroka Israel menyerang penduduk Palestin di perkampungan Huwara di Tebing Barat, bagi menuntut balas terhadap insiden penembakan dua warga Israel, minggu lalu.

Huwara adalah perkampungan Palestin berhampiran persimpangan jalan utama di mana peneroka dan penduduk Palestin sering bertelagah dan menjadi titik pertempuran baharu selepas keganasan menjadi semakin teruk selama berbulan-bulan.

Tentera Israel dan pasukan polis sempadan menyuraikan orang ramai yang disifatkan oleh tentera sebagai ‘beberapa rusuhan ganas’ di Huwara.

Rakaman video menunjukkan askar Israel menari bersama-sama dengan peneroka Yahudi di bandar itu pada perayaan Yahudi Purim.

“Huwara sudah ditakluki, tuan-tuan!,” kedengaran satu suara dalam bahasa Ibrani.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, kelmarin mengulangi gesaannya supaya kedua-dua pihak meredakan ketegangan di Tebing Barat dan keganasan dijangka meningkat dengan kunjungan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, minggu ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.

“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.

“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.

“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.

Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.

“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending