Terkini
Penubuhan jawatankuasa khas skandal 1MDB diteliti jika perlu
Penubuhan sebuah jawatankuasa khas berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diteliti sekiranya ia merupakan satu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana itu.

- Penubuhan jawatankuasa khas itu bagaimanapun tidak diperlukan pada masa ini kerana proses untuk dapatkan semula dana itu sedang berjalan dan ada beberapa perkara dikenal pasti segera dalam usaha kembalikan wang rakyat. – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil
- Menurut beliau, proses boleh dilihat bila kerajaan sudah berjaya dapat persetujuan pengembalian lebih RM8.1 billion dari syarikat International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar Investments PJS sekali gus merupakan satu kemenangan untuk rakyat.
- “Semestinya kita nak lihat di mana lagi pihak terkait dengan isu 1MDB ini sekiranya perlu mereka kembalikan wang tersebut dan jika mekanismenya untuk percepatkan proses itu kita perlu wujudkan satu jawatankuasa khas yang khusus, maka saya percaya akan diteliti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Penubuhan sebuah jawatankuasa khas berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diteliti sekiranya ia merupakan satu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana itu.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, penubuhan jawatankuasa itu tidak diperlukan pada masa ini kerana proses untuk mendapatkan semula dana itu sedang berjalan dan ada beberapa perkara dikenal pasti segera dalam usaha mengembalikan wang rakyat.
Menurut beliau, proses itu boleh dilihat apabila kerajaan sudah pun berjaya mendapat persetujuan pengembalian lebih RM8.1 billion daripada syarikat International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar Investments PJS sekali gus merupakan satu kemenangan untuk rakyat.
“Setakat hari ini dalam mesyuarat Kabinet perkara itu belum dibincangkan secara khusus tetapi ia akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri.
“Semestinya kita nak lihat di mana lagi pihak-pihak yang terkait dengan isu 1MDB ini sekiranya perlu mereka mengembalikan wang tersebut dan jika mekanismenya untuk mempercepatkan proses itu kita perlu wujudkan satu jawatankuasa khas yang khusus, maka saya percaya akan diteliti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Sebelum ini, Fahmi memberitahu Utusan Malaysia tentang cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa khas berhubung skandal 1MDB membabitkan bank Goldman Sachs akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.
Ia susulan gesaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani terhadap kerajaan suapaya meneliti kembali peranan peguam yang mewakili 1MDB kerana tidak memfailkan saman kepada bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs.
Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata kerana tindakan perlu dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau percaya bantuan daripada bekas Menteri Kewangan itu sebagaimana diumumkan Perdana Menteri bahawa beliau akan membantu dalam usaha melibatkan 1MDB, akan mempercepatkan proses mendapatkan dana semula.
“Kita tidak semestinya memerlukan satu jawatankuasa buat masa ini kerana proses itu sedang berjalan, ada beberapa perkara ambil maklum dan dalam kita kenal pasti segera berusaha mengembalikan wang rakyat,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas