Connect with us

Terkini

Najib, Arul Kanda kekal bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wartawan TMT

Published

on

Najib, Arul Kanda kekal bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
Foto: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy (kiri) & bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan).
  • Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kekal bebas tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas mendapati ia sudah lewat lebih dua bulan dan dianggap luput dan terbatal.
  • Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, sebulat suara menolak permohonan pendakwaan untuk memfailkan petisyen rayuan berkenaan di luar tempoh masa.
  • Tarikh akhir pendakwaan memfailkan petisyen rayuan berkenaan adalah pada 6 Julai lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas rekod rayuan diperoleh, iaitu pada 26 Jun.
  • Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, pada 3 Mac lalu membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas mendapati ia sudah lewat lebih daripada dua bulan dan dianggap luput dan terbatal.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sehubungan itu, sebulat suara menolak permohonan pendakwaan untuk memfailkan petisyen rayuan berkenaan di luar tempoh masa.

Tarikh akhir bagi pendakwaan memfailkan petisyen rayuan berkenaan adalah pada 6 Julai lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas rekod rayuan diperoleh, iaitu pada 26 Jun.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, pada 3 Mac lalu membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Najib, 70, didakwa pada 12 Disember 2018, menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindunginya daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending