Terkini
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan – PM Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Kerajaan bersetuju tubuhkan jawatankuasa khas diperakui Majlis Raja-Raja dalam usaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
- Perdana Menteri berkata Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan pada masa sama tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam.
- βSetakat ini nama-nama (individu yang) menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan,β kata beliau pada Waktu-waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Perdana Menteri berkata Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan pada masa sama tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam.
βSetakat ini nama-nama (individu yang) menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan.
βAda kaedah perlu dibincangkan kerana ada negeri agak keras, kurang setuju kalau kita langgar prinsip-prinsip yang disebutkan, namun apa sahaja cadangan jawatankuasa ini nanti, haruslah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja,β kata beliau pada Waktu-waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) berhubungΒ pendirian kerajaan terhadap notis petisyen difailkan dua wanita yang dilihat mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 serta usaha kerajaan bagi memastikan undang-undang berkaitan Syariah terus terpelihara.
Anwar berkata sebarang keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung prosiding mencabar perlembagaan oleh dua wanita beragama Islam itu tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk terus memperkasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan.
βSebab itu kita ada jawatankuasa khas ini, untuk usaha selaraskan pelaksanaan undang-undang, bayangkan kalau negeri diberi ruang sewenang-wenangnya (menggubal undang-undang), semua negeri buat dan atas itu juga nanti semua negeri ada percanggahan,β kata beliau.
Anwar berkata menerusi jawatankuasa khas itu, sebarang cadangan pindaan dan penambahbaikan Mahkamah Syariah yang dikemukakan akan dimohon untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan di Parlimen.
Perdana Menteri berkata rakyat harus diberi kefahaman yang betul mengenai kes itu kerana ia bukan berkaitan mencabar undang-undang Syariah, sebaliknya mencabar pertimbangan melibatkan kuasa negeri dalam Perlembagaan.
βAda persepsi sebahagian umat Islam ini (petisyen oleh dua wanita) mencabar Syariah, kerana orang politik tunggang agama main isu ini, pada hal isunya bidang kuasa di mana-mana negeri boleh buat undang-undang, jadi jangan guna ruang ini untuk panaskan suhu politik dan sebar kebencian kononnya PM (Perdana Menteri) tak peduli hal Syariah Islam,β kata beliau. — BERNAMA
Sumber: BernamaΒ
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel β Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR β Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.Β
βKamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
βOrganisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
βKami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,β katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
βKamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,β katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab βkeselamatanβ, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. β The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak