Connect with us

Antarabangsa

Pengguna media sosial bawah 15 tahun di Perancis perlu dapat kebenaran ibu bapa

Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Pengguna media sosial bawah 15 tahun di Perancis perlu dapat kebenaran ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu dapatkan kebenaran ibu bapa, lapor Sputnik.
  • Rang undang-undang itu diluluskan menerusi 82 undi menyokong manakala dua lagi membantah.
  • Kebanyakan kanak-kanak mendakwa mereka lebih tua dari usia sebenar semasa mendaftar aplikasi rangkaian sosial.
  • Sebanyak 82 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun kerap habiskan masa dalam talian tanpa pengawasan ibu bapa mereka.

PARIS: Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa, lapor Sputnik.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi 82 undi menyokong manakala dua lagi membantah.

Buat masa ini pengguna media sosial seperti TikTok dan Snapchat mesti berumur 13 tahun ke atas.

Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak mendakwa mereka lebih tua daripada usia sebenar semasa mendaftar untuk aplikasi rangkaian sosial.

Sebanyak 82 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun kerap menghabiskan masa dalam talian tanpa pengawasan ibu bapa mereka.

Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh Senat Perancis sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

TikTok dilancarkan oleh syarikat dari China, ByteDance pada 2018, kini aplikasi itu menjadi peneraju utama dalam segmen aplikasi video pendek dan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia.

Advertisement

Pada Disember tahun lalu, beberapa gabenor Amerika Syarikat (AS) melarang pegawai negeri menggunakan TikTok pada peranti mereka dan di premis negeri.

Institusi Kesatuan Eropah turut mengikuti langkah yang sama pada awal tahun ini.

TikTok mendakwa tindakan itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik.

Pada Rabu, jurucakap kerajaan Perancis Olivier Veran berkata Presiden Emmanuel Macron dan semua menteri Kabinet telah memadamkan aplikasi TikTok pada telefon bimbit rasmi mereka atas faktor kebimbangan privasi pengguna.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending