Terkini
Pengecualian cecair vape nikotin petanda positif kepada industri – CCC
Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menyatakan sokongannya kepada kerajaan dalam langkahnya untuk mengecualikan cecair vape dengan nikotin daripada Akta Racun, sambil menambah bahawa ini akan memberi laluan kepada cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal dengan sewajarnya dan bukannya tertakluk kepada Akta Racun yang tidak sesuai untuk produk vape.
- Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menyatakan sokongannya kepada kerajaan dalam langkahnya untuk kecualikan cecair vape dengan nikotin daripada Akta Racun, sambil menambah bahawa ini akan beri laluan kepada cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal dengan sewajarnya dan bukannya tertakluk kepada Akta Racun yang tidak sesuai untuk produk vape.
- Pengecualian cecair vape mengandungi nikotin daripada Akta Racun mesti dilengkapkan dengan pengenalan undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk bolehkan produk dikawal dengan cara bijak dan bersepadu. – Wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia, Tarmizi Anuwar
- “Jika tidak, pengguna hanya akan terus mengakses produk yang tidak terkawal.”
- “Di samping itu, peraturan juga akan membolehkan usaha untuk cegah vape bawah umur yang boleh dilakukan melalui peraturan pintar dan penguatkuasaan sekatan umur di tempat jualan serta menggunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan.
KUALA LUMPUR: Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menyatakan sokongannya kepada kerajaan dalam langkahnya untuk mengecualikan cecair vape dengan nikotin daripada Akta Racun, sambil menambah bahawa ini akan memberi laluan kepada cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal dengan sewajarnya dan bukannya tertakluk kepada Akta Racun yang tidak sesuai untuk produk vape.
Wakil Pusat Pilihan Pengguna Malaysia, Tarmizi Anuwar berkata, pengecualian cecair vape yang mengandungi nikotin daripada Akta Racun mesti dilengkapkan dengan pengenalan undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk membolehkan produk dikawal dengan cara yang bijak dan bersepadu.
“Jika tidak, pengguna hanya akan terus mengakses produk yang tidak terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.
Tarmizi juga berkata dengan rangka kerja kawal selia pintar, vaper akan mempunyai akses kepada produk yang mematuhi piawaian yang menjadi amalan serupa di negara lain yang mempunyai peraturan mengenai produk vape.
“Pengguna di Malaysia telah mengakses produk tidak terkawal selama bertahun-tahun dan pembaharuan mesti dilakukan segera. Adalah penting untuk memastikan produk mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan tetap untuk melindungi pengguna.
“Di samping itu, peraturan juga akan membolehkan usaha untuk mencegah vape bawah umur yang boleh dilakukan melalui peraturan pintar dan penguatkuasaan sekatan umur di tempat jualan serta menggunakan teknologi pengesahan umur moden untuk jualan dalam talian.
“Akses kepada produk vape terkawal juga bertindak sebagai pendorong kepada perokok untuk beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya. Di peringkat global, banyak negara menyaksikan penurunan kadar merokok akibat vape dan dengan peraturan, lebih ramai perokok di Malaysia akan berhenti merokok dan beralih kepada produk vape,” kata Tarmizi.
Mengenai idea memperkenalkan Generasi Penamat (GEG) yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, Tarmizi percaya ia sukar untuk dilaksanakan di Malaysia dan kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menjalankan kajian mendalam serta menilai kesan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Ini adalah keputusan besar yang perlu dibuat dalam iklim politik dan ekonomi semasa. Selain itu, terdapat banyak cabaran termasuk masalah pasaran gelap yang besar sedia ada.
“Daripada tergesa-gesa membuat keputusan ini, kerajaan harus menubuhkan satu jawatankuasa yang komprehensif.
“Terdiri daripada pakar kesihatan awam bebas tempatan dan antarabangsa, ahli ekonomi, wakil sektor peruncitan dan agensi penguatkuasaan untuk menilai kesan sebelum membuat keputusan. Negara-negara lain telah berjaya menurunkan kadar merokok,” katanya mengakhiri.
Sumber: Berita Harian