Connect with us

Terkini

Kami mahu haramkan vape, tapi tidak boleh

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
  • Kerajaan Madani kekal berpendirian untuk tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar masing-masing, termasuk melarang penjualan vape melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan 1 Oktober lalu.
  • “Saya kira negeri-negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Kita tidak dapat mengharamkan vape ketika itu maka kita telah mengambil sikap untuk mengawal selia.
  • “Saya pastinya, first action is of course to ban, but if we cannot ban then we got to regulate (langkah pertama semestinya adalah mengharamkan, tetapi jika kita tidak boleh haramkan, kita perlu kawal selia) saya tetap berpendirian sama. Tetapi for now we have a stand alone legislation that will regulate e-cigarette atau vape ni until such time,” katanya dipetik media tempatan dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (WAAW) 2024, di Putrajaya pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani kekal berpendirian untuk tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar masing-masing, termasuk melarang penjualan vape melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan 1 Oktober lalu.

“Saya kira negeri-negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Kita tidak dapat mengharamkan vape ketika itu, maka kita telah mengambil sikap untuk mengawal selia.

“Saya pastinya, first action is of course to ban, but if we cannot ban then we got to regulate (langkah pertama semestinya adalah mengharamkan, tetapi jika kita tidak boleh haramkan, kita perlu kawal selia) saya tetap berpendirian sama. Tetapi for now we have a stand alone legislation that will regulate e-cigarette atau vape ni until such time.

“Kita masih tetap dengan pendirian ini sebagai kerajaan perpaduan, federal government tetap untuk mengawal selia e-cigarette ni,” katanya dipetik media tempatan dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (WAAW) 2024, di Putrajaya pada Selasa.

Dr Dzulkefly menjelaskan Akta 852 menyediakan kerangka perundangan lengkap untuk mengawal selia seluruh rantaian bekalan vape, termasuk pendaftaran, penjualan dan penghantaran.

“Keputusan kementerian untuk kawal selia melalui Akta 852 ini adalah satu langkah perundangan yang lengkap dan sempurna. Kita mengambil sikap untuk mengawal selia dan tidak mengharamkan vape secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyarankan supaya kerajaan mengharamkan secara total penggunaan rokok elektronik atau vape.

Saranan itu dibuat ekoran kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang, khususnya membabitkan pelajar sekolah di negeri itu dan kelompok belia berdasarkan dapatan Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Media sebelum ini melaporkan Johor menjadi negeri terawal melarang penjualan rokok elektronik dan vape di negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2016. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *