Connect with us

Terkini

(VIDEO) Haramkan penggunaan vape secara total – Sultan Pahang

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan supaya kerajaan mengharamkan secara total penggunaan rokok elektronik atau vape.
  • Saranan itu dibuat ekoran kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang, khususnya membabitkan pelajar sekolah di negeri itu dan kelompok belia berdasarkan dapatan AADK.
  • Antara sebab kelompok itu terjebak dalam ketagihan dadah sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah kerana bermula dengan rokok dan kini disebabkan penggunaan vape.
  • Tidak perlu nak beri pertimbangan yang sewajarnya, kerana terbukti (ia merosakkan kesihatan) bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia,” titah baginda menerusi klip video siaran langsung Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Dan Khatam Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024 yang disiarkan Facebook Maahad Tahfiz Negeri Pahang pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan supaya kerajaan mengharamkan secara total penggunaan rokok elektronik atau vape.

Saranan itu dibuat ekoran kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang, khususnya membabitkan pelajar sekolah di negeri itu dan kelompok belia berdasarkan dapatan Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Baginda bertitah antara sebab kelompok itu terjebak dalam ketagihan dadah sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah kerana bermula dengan rokok dan kini disebabkan penggunaan vape.

Alat vape ini satu alat yang merosakkan kesihatan kita dan saya akan menyuarakan kepada pihak kerajaan supaya alat vape ini perlu diharamkan secara total.

Tidak perlu nak beri pertimbangan yang sewajarnya, kerana terbukti bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia,” titah baginda menerusi klip video siaran langsung Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Dan Khatam Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024 yang disiarkan Facebook Maahad Tahfiz Negeri Pahang pada Isnin.

Al-Sultan Abdullah bertitah berdasarkan rekod AADK, Pahang merupakan negeri kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih dadah iaitu satu angka yang berlaku peningkatan berbanding tahun lalu.

Titah baginda, daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus daripadanya adalah penagih muda berusia 15 hingga 30 tahun di mana ia satu angka yang membimbangkan dan sekiranya tidak diambil perhatian kemungkinan akan bertambah bilangan berkenaan.

“… Di Pahang sudah terdapat 11,750  penagih sedang diawasi oleh pihak AADK, yang sedihnya (mereka ini) adalah anak-anak kita sendiri

“Dan sudah sampai masanya ibu bapa di negeri Pahang ini, tak kiralah kalau ada anak yang terlibat ataupun anak tidak terlibat, bangkit untuk membantu berilah nasihat yang sewajarnya,” titah baginda. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *