Connect with us

Antarabangsa

Pelbagai pihak di AS bantah TikTok diharamkan

Sekumpulan pengguna TikTok dan tiga penggubal undang-undang parti Demokrat di Amerika Syarikat (AS) menyuarakan bantahan terhadap sebarang larangan berpotensi dikenakan ke atas aplikasi media sosial, TikTok yang ketika ini digunakan lebih 150 juta penduduk di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Pelbagai pihak di AS bantah TikTok diharamkan
Foto: Jamaal Bowman bercakap di sidang akhbar bersama kumpulan penyokong aplikasi TikTok.
  • Sekumpulan pengguna TikTok dan tiga penggubal undang-undang parti Demokrat di Amerika Syarikat (AS) menyuarakan bantahan terhadap sebarang larangan dikenakan ke atas aplikasi media sosial, TikTok ketika ini digunakan lebih 150 juta penduduk di negara itu.
  • Anggota Kongres Jamaal Bowman, Mark Pocan dan Robert Garcia serta kumpulan pengguna TikTok itu gesa melaksanakan undang-undang privasi secara meluas turut merangkumi semua syarikat media sosial.          
  • “Mengapa kita perlu menimbulkan suasana panik dan hanya menyasarkan TikTok?
  • “Mari kita melakukan perkara yang betul di sini iaitu reformasi media sosial yang komprehensif berkaitan dengan privasi dan keselamatan,” kata Bowman.

WASHINGTON: Sekumpulan pengguna TikTok dan tiga penggubal undang-undang parti Demokrat di Amerika Syarikat (AS) menyuarakan bantahan terhadap sebarang larangan berpotensi dikenakan ke atas aplikasi media sosial, TikTok yang ketika ini digunakan lebih 150 juta penduduk di negara itu.

Dalam sidang akhbar diadakan di Washington, anggota Kongres Jamaal Bowman, Mark Pocan dan Robert Garcia serta kumpulan pengguna TikTok itu menggesa melaksanakan undang-undang privasi secara meluas yang turut akan merangkumi semua syarikat media sosial.

“Mengapa kita perlu menimbulkan suasana panik dan hanya menyasarkan TikTok ?

“Mari kita melakukan perkara yang betul di sini iaitu reformasi media sosial yang komprehensif berkaitan dengan privasi dan keselamatan,” kata Bowman.

Kira-kira 12 pengguna TikTok yang terdiri daripada golongan remaja, guru dan pemilik perniagaan berhimpun di hadapan bangunan Kongres untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap larangan berpotensi itu serta menerangkan manfaat aplikasi itu dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Pocan berpandangan tindakan mengenakan larangan terhadap TikTok bukan penyelesaian yang terbaik.

“Tindakan melarang aplikasi itu bukan jawapannya, sebaliknya kita perlu memastikan data warga AS selamat, itu yang penting,” katanya.

Ketika ini, ramai penggubal undang-undang AS mahu TikTok diharamkan.

Malah, pengkritik bimbang data pengguna TikTok di AS akan diserahkan kepada pemerintah China.

Minggu lalu, TikTok memaklumkan pentadbiran Presiden Joe Biden menuntut agar aplikasi yang dimiliki syarikat China itu melepaskan pegangan mereka atau berdepan kemungkinan diharamkan.

Dilaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Chew Shou Zi akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan Dewan AS di tengah-tengah gesaan untuk mengenakan larangan terhadap penggunaan TikTok.

Ia berikutan wujudnya kebimbangan mengenai keselamatan negara ketika hubungan antara Beijing dan Washington bertambah keruh.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending