Connect with us

Terkini

Mungkin perlu lesen bagi syarikat filem atas talian

Syarikat penyedia kandungan atas talian mungkin perlu dikenakan lesen seperti diamalkan di beberapa negara lain.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Mungkin perlu lesen bagi syarikat filem atas talian
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • Syarikat penyedia kandungan atas talian mungkin perlu dikenakan lesen seperti diamalkan di beberapa negara lain.
  • “Di sesetengah negara, mereka mengenakan lesen kepada mana-mana syarikat yang menyediakan content online atau yang merupakan platform media sosial sebagai contoh. Tetapi ada yang tidak juga. Jadi kita kena lihat keserasian undang-undang yang sedia ada”. – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Perkara itu bagaimanapun masih dalam kajian kementerian berkenaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam Townhall Rakyat Bersama Fahmi Fadzil di Sinar Harian di Shah Alam semalam ketika ditanya perancangan kementerian untuk mengawal selia kandungan disiarkan menerusi platform penstriman digital susulan kontroversi filem Mentega Terbang.

SHAH ALAM – Syarikat penyedia kandungan atas talian mungkin perlu dikenakan lesen seperti diamalkan di beberapa negara lain.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Itu bayangan diberi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika ditanya mengenai perancangan kementerian untuk mengawal selia kandungan filem disiarkan menerusi platform penstriman digital.

“Di pihak kementerian, di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), ada beberapa perkara yang sedang dipertimbangkan tetapi belum sedia untuk saya sebut atau umum di sini secara terlalu teliti atau terperinci kerana kita sedang buat kajian.

“Di sesetengah negara, mereka mengenakan lesen kepada mana-mana syarikat yang menyediakan content online atau yang merupakan platform media sosial sebagai contoh. Tetapi ada yang tidak juga. Jadi kita kena lihat keserasian undang-undang yang sedia ada,” katanya ketika sesi soal jawab dalam Townhall Rakyat Bersama Fahmi Fadzil di Sinar Harian di sini semalam.

Menteri komunikasi itu bagaimanapun percaya undang-undang sedia ada cukup untuk membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap mana-mana penyedia kandungan yang melanggar garis panduan.

“Sebagai contoh, filem yang tidak sesuai. Dengan undang-undang sedia ada, ada tindakan yang boleh diambil. Sekiranya berlaku pelanggaran, boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi kerana dilihat mempersenda agama, Fahmi menjelaskan pihak platform penstriman Viu memahami pendirian kerajaan.

Ini boleh dilihat dengan tindakan Viu mengalih keluar filem itu dari platform mereka tanpa diarahkan pihak kementerian.

“Saya perlu ucapkan terima kasih juga kepada pasukan di Viu kerana mereka faham dan mereka telah segera mengambil tindakan. Tidak ada arahan, pihak MCMC tidak mengeluarkan arahan kepada pihak Viu. Tetapi mereka sendiri yang telah menurunkan.

“Sebelum timbul isu ini, saya dah bertemu dengan pihak Viu.. Mereka yang mengusahakan perkhidmatan bersifat online seperti ini, kita faham kekangan yang mereka ada, kita faham juga bahawa mereka tidak mahu langgar undang-undang,” katanya di majlis townhall itu yang julung kali diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat bertanya soalan kepada menteri dijemput.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang disiarkan di platform Viu bermula 19 Januari itu telah dialih keluar pada 27 Februari lalu susulan dikritik hebat kerana kandungannya yang mempersendakan agama.

Ia mengisahkan tentang  Aisyah, seorang remaja berusia 16 tahun yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Filem itu kini di bawah penelitian dan siasatan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Lebih 100 tapak sampah haram dikesan di Selangor – EXCO

Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.
  • Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak. 
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu. 
  • “Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.
  • “Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.

KUALA LUMPUR — Lebih 100 tapak sampah haram dikesan beroperasi di sekitar Selangor termasuk di Klang, Serdang dan Gombak. 

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata ia susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah itu. 

“Antara lokasi tapak sampah haram adalah di Klang, Serdang dan Gombak. Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.

“Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya dipetik Berita Harian ketika meninjau tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini.

Suee Lim berkata pihaknya juga tidak menolak isu pembuangan sampah haram sukar ditangani disebabkan pembabitan sindiket tertentu. 

Katanya, beliau akan mencadangkan pindaan undang-undang kecil Majlis Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan hukuman kepada penjara sehingga dua tahun kepada pembuang sampah itu.

“Kita beri amaran kepada yang terbabit supaya tidak membuang sampah merata-rata dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang membenarkan berlakunya aktiviti ini secara tidak langsung,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending