Connect with us

Terkini

Haramkan syarikat bekal senjata kepada Israel di pameran NATSEC 2024 – BERSATU

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendesak kerajaan mengharamkan syarikat pembekal senjata dan peralatan kepada Israel daripada menyertai dan menjadi penaja platinum Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang bermula hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendesak kerajaan mengharamkan syarikat pembekal senjata dan peralatan kepada Israel daripada menyertai dan menjadi penaja platinum Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang bermula hari ini.
  • Dua syarikat dirujuk Ketua Biro Antarabangsa BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu adalah Lockheed Martin dan BAE ketika rejim zionis Israel sedang melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap warga Palestin, terutama di Gaza.
  • Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, Lockheed Martin misalnya mengeluarkan jet pejuang F-35, manakala BAE antaranya membekalkan peralatan untuk jet tempur tersebut.
  • “BERSATU kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
  • “Keterlibatan kedua-dua syarikat ini bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Ahad menerusi Facebook.
  • Saifuddin berkata senjata itu antara yang digunakan rejim Israel untuk mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.

KUALA LUMPUR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendesak kerajaan mengharamkan syarikat pembekal senjata dan peralatan kepada Israel daripada menyertai dan menjadi penaja platinum Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang bermula hari ini.

Dua syarikat dirujuk Ketua Biro Antarabangsa BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu adalah Lockheed Martin dan BAE ketika rejim zionis Israel sedang melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap warga Palestin, terutama di Gaza.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, Lockheed Martin misalnya mengeluarkan jet pejuang F-35, manakala BAE antaranya membekalkan peralatan untuk jet tempur tersebut.

Katanya, senjata itu antara yang digunakan rejim Israel untuk mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.

“BERSATU kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

“Keterlibatan kedua-dua syarikat ini bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

“Sementara Kementerian Luar Negeri masih belum menarik balik kenyataan Timbalan Menterinya di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang membayangkan kerajaan ini mungkin mengiktiraf Israel dengan alasannya yang lemah, maka adalah dibimbangi pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel. 

“Justeru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut,” kata Saifuddin dalam kenyataan pada Ahad menerusi Facebook.

Media sebelum ini melaporkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 akan membuka tirai pada 6 Mei, mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.

Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini membawa tema Building Resilient Nations For The Next Generation itu disertai lebih 1,200 syarikat dari 45 negara. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending