Connect with us

Terkini

Kerajaan Malaysia perlu tolak syarikat subahat dengan Israel – BDS Malaysia

Kerajaan Malaysia digesa untuk tidak mengadakan sebarang kontrak perolehan dengan syarikat diketahui terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang sedang berlaku di Gaza.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gesaan itu dibuat gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia susulan negara haram Israel, yang dibina dengan cara menjajah bumi Palestin dan bercirikan amalan apartheid, telah lama kehilangan sebarang hak untuk diiktiraf atas dasar intelektual atau moral.
  • BDS Malaysia berkata umum mengetahui rejim Israel boleh bertindak tanpa hukuman kerana perlindungan diplomatik dan politik Amerika Syarikat dan kerajaan Barat lain, namun syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan daripada keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin juga antara ‘pemboleh’ tindakan rejim terbabit.
  • “Berikut senarai beberapa syarikat yang paling terpalit: Lockheed Martin, BAE Systems, Hewlett-Packard, Caterpillar, Siemens, Caltex/Chevron, JC Bamford, HD Hyundai, Intel, Google, HIK Vision dan ⁠TKH.
  • “Adalah sangat penting untuk kita bertindak menyekat pembunuhan beramai-ramai di Gaza sekarang. 
  • “Salah satu cara adalah memastikan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan atas keterlibatan mereka dan menyeru semua pihak untuk tidak memberi sebarang kontrak perniagaan kepada mereka,” kata BDS Malaysia dalam kenyataan pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia digesa untuk tidak mengadakan sebarang kontrak perolehan dengan syarikat diketahui terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang sedang berlaku di Gaza.

Gesaan itu dibuat gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia susulan negara haram Israel, yang dibina dengan cara menjajah bumi Palestin dan bercirikan amalan apartheid, telah lama kehilangan sebarang hak untuk diiktiraf atas dasar intelektual atau moral. 

BDS Malaysia berkata umum mengetahui rejim Israel boleh bertindak tanpa hukuman kerana perlindungan diplomatik dan politik Amerika Syarikat dan kerajaan Barat lain, namun syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan daripada keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin juga antara ‘pemboleh’ tindakan rejim terbabit.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi juga tercela dari segi moral.

“Berikut senarai beberapa syarikat yang paling terpalit: Lockheed Martin, BAE Systems, Hewlett-Packard, Caterpillar, Siemens, Caltex/Chevron, JC Bamford, HD Hyundai, Intel, Google, HIK Vision dan ⁠TKH.

“Adalah sangat penting untuk kita bertindak menyekat pembunuhan beramai-ramai di Gaza sekarang. 

“Salah satu cara adalah memastikan syarikat-syarikat ini dipertanggungjawabkan atas keterlibatan mereka dan menyeru semua pihak untuk tidak memberi sebarang kontrak perniagaan kepada mereka,” kata BDS Malaysia dalam kenyataan media pada Selasa.

Gerakan itu menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dengan mengecualikan syarikat-syarikat disenaraikan di atas daripada sebarang perolehan atau pembelian perkakasan dan perisian.

Kerajaan juga diminta supaya menerima cadangan dikemukakan BDS Malaysia untuk menyelaraskan dasar dan amalan perdagangan negara dengan dasar luar negara yang langsung dan jelas tidak mengiktiraf negara zionis Israel.

Terbaharu, terdapat dakwaan bahawa dua syarikat menyertai pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 yang sedang berlangsung di sini sejak Isnin iaitu Lockheed Martin dan BAE System dikatakan merupakan pembekal senjata besar kepada rejim zionis yang sedang melakukan genosid ke atas rakyat Palestin.

Penyertaan dua syarikat itu dalam pameran tersebut mengundang kritikan daripada beberapa pihak yang menggesa kerajaan untuk mengarahkan mereka meninggalkan Malaysia dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kehadiran mereka ke Malaysia ketika ini atas anjuran pameran itu amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genosid sedang dilakukan di Gaza. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending