Connect with us

Terkini

Tun Mahathir gesa kerajaan usir syarikat pembekal senjata zionis

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan digesa mengarahkan syarikat-syarikat pembekal senjata zionis Israel keluar dari negara ini susulan mereka diberitakan hadir di pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan digesa mengarahkan syarikat-syarikat pembekal senjata zionis Israel keluar dari negara ini susulan mereka diberitakan hadir di pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran Lockheed Martin dan BAE System ke Malaysia ketika ini atas anjuran pameran itu amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genosid sedang dilakukan di Gaza.
  • “Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
  • Dr Mahathir menegaskan tindakan sedemikian tidak terhad kepada dua syarikat terbabit sahaja, sebaliknya jika ada syarikat lain yang membekalkan senjata kepada rejim Zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan digesa mengarahkan syarikat-syarikat pembekal senjata zionis Israel keluar dari negara ini susulan mereka diberitakan hadir di pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024.

Dua syarikat dirujuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah Lockheed Martin dan BAE System yang dikatakan merupakan pembekal senjata besar kepada rejim zionis untuk melakukan serangan-serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

Dr Mahathir berkata kehadiran mereka ke Malaysia ketika ini atas anjuran pameran itu amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genosid (pembunuhan beramai-ramai) sedang dilakukan di Gaza.

“Beberapa syarikat pembuat senjata, yang ketika ini digunakan untuk membantai rakyat Palestin, diberitakan hadir di pameran DSA dan NATSEC Asia 2024, seharusnya disuruh pulang dan meninggalkan Malaysia dengan seberapa segera.

“Membenar syarikat-syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha kita menentang kekejaman rejim Tel Aviv. 

“Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Dr Mahathir menegaskan tindakan sedemikian tidak terhad kepada dua syarikat terbabit sahaja, sebaliknya jika ada syarikat lain yang membekalkan senjata kepada rejim zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

“Mereka perlu tahu tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan 𝘨𝘦𝘯𝘰𝘤𝘪𝘥𝘦 ke atas orang Palestin,” katanya. 

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata Malaysia adalah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.

Justeru, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.

Khaled berkata pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana negara atau syarikat tertentu, sebaliknya ia dibuka kepada semua negara dan pemain industri, termasuk penyertaan besar dari negara-negara Islam. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *