Connect with us

Terkini

Pembekal senjata Israel sertai DSA, Malaysia pilih tidak campur tangan urusan perniagaan syarikat global

Kementerian Pertahanan memaklumkan Malaysia tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan sebarang negara tertentu susulan ada pihak tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global dalam pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang sedang berlangsung di sini sejak semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Kementerian Pertahanan memaklumkan Malaysia tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan sebarang negara tertentu susulan ada pihak tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global dalam pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang sedang berlangsung di sini sejak semalam.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia adalah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
  • “Penganjuran pameran ini juga sangat jelas iaitu menyediakan ruang dan memberi peluang kepada semua pihak untuk mempamerkan kepakaran serta teknologi terbaharu pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  • Khaled berkata pameran itu tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana negara atau syarikat tertentu, sebaliknya ia dibuka kepada semua negara dan pemain industri termasuk penyertaan besar dari negara-negara Islam.
  • “Kementerian Pertahanan sentiasa secara konsisten mendukung dasar negara menentang segala bentuk ketidakadilan ke atas negara Palestin,” katanya.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pertahanan memaklumkan Malaysia tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan sebarang negara tertentu susulan ada pihak tidak berpuas hati dengan penyertaan beberapa syarikat pertahanan global dalam pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang sedang berlangsung di sini sejak semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia adalah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.

“Justeru Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.

“Hubungan beberapa syarikat pertahanan global dengan negara tertentu adalah urusan perniagaan yang tidak akan Malaysia campur tangan.

“Penganjuran pameran ini juga sangat jelas iaitu menyediakan ruang dan memberi peluang kepada semua pihak untuk mempamerkan kepakaran serta teknologi terbaharu pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khaled berkata pameran itu tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana negara atau syarikat tertentu, sebaliknya ia dibuka kepada semua negara dan pemain industri termasuk penyertaan besar dari negara-negara Islam.

Beliau berkata pameran itu juga menjadi arena penting kepada pemain pertahanan Asia dari Korea Selatan, China, India dan Singapura.

Semalam, media melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendesak kerajaan mengharamkan syarikat pembekal senjata dan peralatan kepada Israel daripada menyertai dan menjadi penaja platinum bagi pameran itu.

Dua syarikat dirujuk Ketua Biro Antarabangsa BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu adalah Lockheed Martin dan BAE yang masing-masing membekalkan senjata dan peralatan kepada rejim Israel yang sedang melakukan genosid terhadap warga Palestin, terutama di Gaza.

Saifuddin berkata keterlibatan kedua-dua syarikat itu bertentangan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, Khaled menegaskan dasar perolehan pertahanan negara dilaksanakan dengan mengambil kira kemajuan teknologi mutakhir, keperluan strategik negara, kos sesuai nilai, kepentingan nasional dan pendirian politik global Malaysia

“Tiada perolehan pertahanan yang akan dilaksanakan tanpa mengambil kira pendirian global Malaysia terutama dalam konflik Palestin-Israel serta kepentingan kebangsaan Malaysia.

“Kementerian Pertahanan sentiasa secara konsisten mendukung dasar negara menentang segala bentuk ketidakadilan ke atas negara Palestin,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending