Terkini
Lebih 80 peratus faktor utama nahas maut berpunca sikap manusia
Lebih 80 peratus faktor utama nahas jalan raya sehingga mengakibatkan kematian di negara ini adalah berpunca daripada sikap manusia.

- Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata ia adalah rumusan berdasarkan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang turut mendapati faktor rekaan, infrastruktur dan keadaan jalan hanya menyumbang sekitar 13 peratus kepada kemalangan maut di jalan raya.
- Kira-kira tujuh peratus nahas menyebabkan kematian adalah berpunca dari keadaan kelayakan jalan atau aspek teknikal kenderaan motor digunakan.
- “Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS telah laksanakan pelbagai program intervensi bagi tangani isu keselamatan jalan raya secara berterusan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai isu kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas.
KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus faktor utama nahas jalan raya sehingga mengakibatkan kematian di negara ini adalah berpunca daripada sikap manusia.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata ia adalah rumusan berdasarkan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang turut mendapati faktor rekaan, infrastruktur dan keadaan jalan hanya menyumbang sekitar 13 peratus kepada kemalangan maut di jalan raya.
Selain itu, beliau berkata, kira-kira tujuh peratus nahas menyebabkan kematian adalah berpunca daripada keadaan kelayakan jalan atau aspek teknikal kenderaan motor yang digunakan.
“Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MIROS telah melaksanakan pelbagai program intervensi bagi menangani isu keselamatan jalan raya secara berterusan.
“Sebagai contoh, program Kesedaran Keselamatan dan Advokasi Terfokus untuk Pengguna Jalan Raya (SAFER) telah dilaksanakan JPJ di seluruh negara dengan memfokuskan kumpulan sasar berbeza, dalam usaha memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, khususnya kepada penunggang motosikal.
“Ini kerana lebih 60 peratus kematian akibat nahas jalan raya adalah membabitkan penunggang motosikal,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai punca dan penyelesaian dilaksanakan kementerian berkenaan isu kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas.
Hasbi berkata, sebanyak 853 program advokasi khas untuk penunggang motosikal, termasuk advokasi khas p-hailing, dijalankan antara 2020 hingga tahun lalu, selain JPJ turut merangka pelaksanaan lebih 80 program membabitkan pelbagai skop kempen keselamatan jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Beliau berkata, kementerian juga telah meminda modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR), iaitu pada 2019 (sekolah rendah), 2020 (sekolah menengah rendah), 2021 (prasekolah dan TASKA) serta 2022 (sekolah swasta), selain sedang membangunkan modul sekolah pendidikan khas: pendengaran dan penglihatan, tahun ini.
“Dari aspek memastikan tahap keselamatan dan kelayakan jalan bagi kenderaan motor pula, JPJ mewajibkan semua kenderaan motor baharu yang hendak dipasarkan serta didaftar di Malaysia, untuk melepasi proses kelulusan jenis kenderaan motor.
“Semua kenderaan akan diwajibkan mematuhi standard dan peraturan teknikal pembuatan kenderaan yang diiktiraf serta diguna pakai pada peringkat antarabangsa bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“MIROS juga melancarkan program penilaian dan penarafan keselamatan kenderaan motor seperti ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) dan Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) bertujuan meningkatkan tahap keselamatan kenderaan motor melalui pemasangan teknologi keselamatan baharu serta terkini,” katanya.
Berhubung perancangan masa depan pula, Hasbi memaklumkan, kementerian menyasar untuk mengurangkan 50 peratus angka kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2023, melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas