Terkini
KKM sasar 90 peratus kanak-kanak perempuan terima vaksin HPV
Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.
- KKM menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.
- KKM sedang berusaha memastikan sekurang-kurang 90 peratus liputan vaksinasi HPV bagi kanak-kanak perempuan sebelum mereka berusia 15 tahun. – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa
- “KKM juga menyasarkan sekurang-kurang 90 peratus wanita yang positif, mendapat intervensi dan rawatan awal bagi prakanser,” katanya dalam jawapan disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mewakili beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai prestasi KKM dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks, selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM sedang berusaha memastikan sekurang-kurang 90 peratus liputan vaksinasi HPV bagi kanak-kanak perempuan sebelum mereka berusia 15 tahun.
Selain itu, beliau berkata, KKM juga menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurang 70 peratus liputan saringan bagi wanita berusia 35 dan 45 tahun menggunakan kaedah terkini yang terbukti berkesan secara saintifik, sekurang-kurang dua kali seumur hidup.
“KKM juga menyasarkan sekurang-kurang 90 peratus wanita yang positif, mendapat intervensi dan rawatan awal bagi prakanser,” katanya dalam jawapan disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mewakili beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai prestasi KKM dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks, selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.
Terdahulu, Fadhlina memaklumkan, beliau mewakili Dr Zaliha kerana Ahli Parlimen Sekijang, Johor itu perlu menguruskan hal kecemasan berikutan banjir kilat yang berlaku di kawasannya.
Sumber: Berita Harian