Connect with us

Terkini

KKM sasar 90 peratus kanak-kanak perempuan terima vaksin HPV

Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.

Wartawan TMT

Published

on

KKM sasar 90 peratus kanak-kanak perempuan terima vaksin HPV
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • KKM menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.
  • KKM sedang berusaha memastikan sekurang-kurang 90 peratus liputan vaksinasi HPV bagi kanak-kanak perempuan sebelum mereka berusia 15 tahun. – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa
  • “KKM juga menyasarkan sekurang-kurang 90 peratus wanita yang positif, mendapat intervensi dan rawatan awal bagi prakanser,” katanya dalam jawapan disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mewakili beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai prestasi KKM dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks, selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan tiga matlamat merangkumi liputan vaksin dan saringan kesihatan, bagi memastikan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030 mencapai matlamatnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM sedang berusaha memastikan sekurang-kurang 90 peratus liputan vaksinasi HPV bagi kanak-kanak perempuan sebelum mereka berusia 15 tahun.

Selain itu, beliau berkata, KKM juga menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurang 70 peratus liputan saringan bagi wanita berusia 35 dan 45 tahun menggunakan kaedah terkini yang terbukti berkesan secara saintifik, sekurang-kurang dua kali seumur hidup.

“KKM juga menyasarkan sekurang-kurang 90 peratus wanita yang positif, mendapat intervensi dan rawatan awal bagi prakanser,” katanya dalam jawapan disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mewakili beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai prestasi KKM dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks, selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

Terdahulu, Fadhlina memaklumkan, beliau mewakili Dr Zaliha kerana Ahli Parlimen Sekijang, Johor itu perlu menguruskan hal kecemasan berikutan banjir kilat yang berlaku di kawasannya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending