Connect with us

Terkini

Cari jalan pendekkan kes krisis rumah tangga – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Cari jalan pendekkan kes krisis rumah tangga – Menteri Agama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.
  • Merujuk kepada Jabatan Kehakiman Malaysia, Mahkamah Syariah dan peguam syarie, Mohd Na’im berkata ini kerana beliau bimbang kezaliman akan berlaku terhadap pasangan suami isteri dengan krisis rumah tangga berterusan.
  • “Lagi panjang kes tu, ia akan menyebabkan kezaliman kepada pihak-pihak berkenaan dan peranan ini bukan sahaja mahkamah perlu mainkan, peguam syarie pun kena mainkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.

Merujuk kepada Jabatan Kehakiman Malaysia, Mahkamah Syariah dan peguam syarie, Mohd Na’im berkata ini kerana beliau bimbang kezaliman akan berlaku terhadap pasangan suami isteri dengan krisis rumah tangga berterusan.

“Lagi panjang kes tu, ia akan menyebabkan kezaliman kepada pihak-pihak berkenaan dan peranan ini bukan sahaja mahkamah perlu mainkan, peguam syarie pun kena mainkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma di sini semalam.

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam sesi soal jawab bersama media semalam.

Mohd Na’im berkata tidak perlu ada usaha untuk melambat-lambatkan penyelesaian kes itu kerana yang dizalimi adalah pihak terlibat.

Katanya, penggemblengan kerjasama semua pihak seperti mahkamah dan peguam dalam memastikan adanya matlamat yang sama, tanpa prejudis kepada keadilan.

“Jadi, kena pandai imbangkan antara bagaimana nak mempercepatkan kes tapi dalam masa sama tidak memprejudiskan isu keadilan,” katanya.

Program konsultasi dianjurkan itu bertujuan memastikan semua umat Islam di negara ini, khususnya golongan B40 mendapat akses kepada keadilan secara percuma bagi yang berurusan dengan Mahkamah Syariah.

Program itu juga sebahagian khidmat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada masyarakat Islam sesuai dengan kepakaran dimilikinya. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending