Connect with us

Terkini

Cadangan wajibkan industri ambil pelajar praktikal wajar – MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi memperhalusi saranan mewajibkan industri mengambil pelajar praktikal, namun kerajaan disaran membantu majikan menjayakan rancangan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan wajibkan industri ambil pelajar praktikal wajar – MTUC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi memperhalusi saranan wajibkan industri mengambil pelajar praktikal, namun kerajaan disaran bantu majikan menjayakan rancangan itu.
  • Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani percaya langkah itu membantu industri mengenal pasti orang untuk diserap serta memudahkan pencarian dan pengambilan pekerja baharu.
  • “Lebih baik kalau kerajaan membantu majikan supaya tidak ada penambahan kos kepada majikan dan pada masa sama membantu majikan meningkatkan produktiviti, atau menyediakan pekerja-pekerja yang bersedia mengambil alih tugas,” katanya kepada portal berita FMT.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Tinggi memperhalusi saranan mewajibkan industri mengambil pelajar praktikal, namun kerajaan disaran membantu majikan menjayakan rancangan itu.

Presiden Mohd Effendy Abdul Ghani percaya langkah itu akan membantu industri mengenal pasti orang untuk diserap serta memudahkan pencarian dan pengambilan pekerja baharu.

Namun kerajaan disaran menyediakan bantuan kepada industri sebagai insentif bagi majikan, seperti menampung sebahagian atau jumlah minimum bayaran kepada pelajar praktikal terbabit, atau menanggung separuh daripada elaun untuk golongan itu.

“Lebih baik kalau kerajaan membantu majikan supaya tidak ada penambahan kos kepada majikan dan pada masa sama membantu majikan meningkatkan produktiviti, atau menyediakan pekerja-pekerja yang bersedia mengambil alih tugas,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah kerajaan bertanggungjawab memastikan pelajar praktikal yang terbabit dapat membuat latihan di tempat kerja, sekiranya rancangan itu dilaksanakan.

“Dengan bahasa mudah, kerajaan juga perlu membantu pihak industri bagi mereka mengambil pelajar membuat latihan di tempat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Effendy percaya industri menerusi langkah ini akan menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman, sekaligus mengurangkan kadar ketidakpadanan, iaitu pekerja berkemahiran tinggi melakukan pekerjaan berkemahiran rendah.

Selain itu, ia akan membuka ruang kepada persaingan sihat dan perkongsian ilmu antara pelajar dan pekerja sedia ada.

“Tidak ada kesan buruk sebenarnya kepada industri apabila ambil pelajar praktikal, kerana kita lihat pihak industri akan dapat manfaat,” katanya.

Kementerian memaklumkan ia sedang memperhalusi saranan mewajibkan industri mengambil pelajar praktikal melalui akta atau peraturan, susulan dakwaan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sukar mendapat tempat untuk latihan, menurut Utusan Malaysia.

Perkembangan itu menyusuli saranan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mohd Izani Mohd Zain kepada kerajaan agar mewajibkan agensi kerajaan dan syarikat swasta mengambil pelajar praktikal, bagi menangani kesukaran pelajar mendapatkan pengalaman dalam industri berdasarkan bidang yang dipelajari.

Katanya, kira-kira 40,000 pelajar IPT sukar mendapat tempat untuk praktikal sebagai syarat sebelum menamatkan pengajian, kerana tiada syarikat yang bersesuaian dengan pengajian, majikan enggan membayar elaun, atau menolak untuk menerima siswa bagi tempoh yang pendek.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending