Connect with us

Terkini

Kos sara hidup meningkat, Majikan perlu semak semula gaji – JobStreet

Majikan disaran mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkualiti, kata JobStreet Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majikan disaran mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkualiti, kata JobStreet Malaysia.
  • Pengarah Urusannya, Vic Sithasanan berkata, jika paras gaji median kekal sementara kos sara hidup terus meningkat, ini secara semula jadi akan mendorong pencari kerja untuk memberi lebih tumpuan kepada gaji.
  • “Penyelidikan kami mendapati 27 peratus daripada warga Malaysia menganggap pampasan kewangan sebagai faktor penentu apabila menerima tawaran pekerjaan, melebihi purata global iaitu 21 peratus,” katanya.
  • Panduan Gaji 2023 JobStreet mendapati sebanyak 97.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan menawarkan tahap gaji yang serupa dengan tahun lepas.

PETALING JAYA: Majikan disaran mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkualiti, kata JobStreet Malaysia.

Pengarah Urusannya, Vic Sithasanan berkata, jika paras gaji median kekal sementara kos sara hidup terus meningkat, ini secara semula jadi akan mendorong pencari kerja untuk memberi lebih tumpuan kepada gaji.“Penyelidikan kami mendapati 27 peratus daripada warga Malaysia menganggap pampasan kewangan sebagai faktor penentu apabila menerima tawaran pekerjaan, melebihi purata global iaitu 21 peratus.

“Namun, syarikat yang mungkin merasakan tekanan untuk bersaing dari segi tahap gaji juga harus mengingati faktor lain yang boleh memberi kesan kepada perekrutan dan menyerlahkan kelebihan mereka.

“Ketelusan dan keterbukaan semakin dihargai dan keseimbangan kerja dan kehidupan adalah satu keutamaan bagi majoriti rakyat. Syarikat perlu memastikan mereka boleh mewujudkan kepercayaan dan budaya korporat yang memenuhi jangkaan pencari kerja moden,” katanya.

Panduan Gaji 2023 JobStreet mendapati sebanyak 97.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan menawarkan tahap gaji yang serupa dengan tahun lepas.

Industri komputer dan teknologi maklumat (IT) menyaksikan kenaikan gaji tertinggi, meningkat 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800.

Pakar komputer dan IT juga mempunyai gaji median tertinggi antara semua pengkhususan iaitu RM6,000.

Menurut Sithasanan, peningkatan permintaan untuk IT adalah disebabkan tumpuan kerajaan terhadap inisiatif transformasi digital, tetapi trend ini mungkin tidak mampan dalam jangka panjang.

“Ia juga jelas daripada pemberhentian pekerja yang memberi kesan kepada syarikat teknologi utama di seluruh dunia pada awal tahun ini bahawa pertumbuhan ini mungkin tidak mampan dalam jangka masa panjang.

“Sebaik-baiknya, pembaharuan pendidikan di seluruh Malaysia harus dilaksanakan untuk meletakkan asas yang kukuh untuk melahirkan lebih ramai pakar IT berkemahiran dalam jangka panjang,” tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending