Connect with us

Terkini

Penjawat awam layak kenaikan gaji selepas ditunda beberapa kali – BERJASA

Kerajaan perlu memastikan penyelarasan gaji secara berkala berlaku secara konsisten selari dengan usaha menambahbaik kualiti perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensinya, terutama yang berinteraksi dengan rakyat secara terus.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad.
  • Kerajaan perlu memastikan penyelarasan gaji secara berkala berlaku secara konsisten selari dengan usaha menambahbaik kualiti perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensinya, terutama yang berinteraksi dengan rakyat secara terus.
  • Perkara itu ditekankan Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 ini.
  • Lukman berkata penjawat awam pada hakikatnya layak mendapat kenaikan gaji setelah ditunda beberapa kali. 
  • “Bahkan pada pandangan saya ianya harus lebih tinggi memandangkan paras inflasi, kenaikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara yang amat lembap.
  • “Mereka semua adalah hero yang tidak memakai mantel (not all heroes wear capes) yang siang malam bekerja memerah keringat dan meninggalkan anak dan isteri/suami demi memacu kemajuan negara.
  • “Jutaan penghargaan dan pujian harus diberikan kepada mereka semua. Bukannya PM (Perdana Menteri). Tugas PM cuma memberikan kelulusan akhir sahaja dan itu memang tanggungjawab beliau,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
  • Terdahulu, Anwar mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang juga kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memastikan penyelarasan gaji secara berkala berlaku secara konsisten selari dengan usaha menambahbaik kualiti perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensinya, terutama yang berinteraksi dengan rakyat secara terus.

Perkara itu ditekankan Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 ini.

Lukman berkata penjawat awam pada hakikatnya layak mendapat kenaikan gaji setelah ditunda beberapa kali. 

“Bahkan pada pandangan saya ianya harus lebih tinggi memandangkan paras inflasi, kenaikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara yang amat lembap.

“Mereka semua adalah hero yang tidak memakai mantel (not all heroes wear capes) yang siang malam bekerja memerah keringat dan meninggalkan anak dan isteri/suami demi memacu kemajuan negara.

“Jutaan penghargaan dan pujian harus diberikan kepada mereka semua. Bukannya PM (Perdana Menteri). Tugas PM cuma memberikan kelulusan akhir sahaja dan itu memang tanggungjawab beliau,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang juga kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Perdana Menteri dilaporkan memaklumkan sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.

Beliau turut mengumumkan pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000 sebulan, bermula tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Lukman menasihatkan netizen supaya tidak semberono menyalahkan semua penjawat awam di atas prestasi kurang memuaskan segelintir antara mereka.

Katanya, penjawat awam mempunyai banyak peringkat, sektor dan pelbagai bidang pengkhususan.

“Sebenarnya yang kerap ‘mengopi’ dalam waktu kerja itu sebahagian sahaja. Budaya negatif ini perlu dicegah dan diperbetul secara holistik. Dan bukannya hanya berlaku di kalangan penjawat awam sahaja

“Para penjawat awam yang bertugas di kaunter harus diajar senyum dan sabar. Kerana mereka adalah duta kerajaan. Jika mereka ‘termasam’, kerajaan juga yang akan dipersalahkan,” katanya. – The Merdeka Times

Author