Connect with us

Terkini

Kecelaruan industri padi, beras negara sudah tahap kronik dan ‘gila’ – PeSAWAH

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyifatkan kecelaruan industri padi dan beras di negara ini sudah mencapai tahap kronik dan ‘gila’ berikutan tekanan dihadapi petani selain ketiadaan beras putih tempatan di pasaran.

Wartawan TMT

Published

on

Kecelaruan industri padi, beras negara sudah tahap kronik dan ‘gila’ – PeSAWAH
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyifatkan kecelaruan industri padi dan beras di negara ini sudah mencapai tahap kronik dan ‘gila’ berikutan tekanan dihadapi petani selain ketiadaan beras putih tempatan di pasaran.
  • Exco PeSAWAH, Abdul Rashid Yob berkata, apa yang berlaku ketika ini menunjukkan situasi yang tidak sepatutnya serta wujud campur tangan pihak tertentu terutama kartel dalam industri tersebut.
  • “Petani makin tersepit apabila semua kos melibatkan benih, jentera dan sewaan bendang meningkat tetapi harga padi pula menurun. Penurunan harga secara drastik itu sudah tentu mendatangkan kerugian besar kepada petani,” katanya.
  • Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turut sama berhimpun secara aman bersama hampir 200 petani bagi menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap isu terbabit di Kampung Lahar Budi, Mukim Derga di sini, hari ini (semalam).

ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyifatkan kecelaruan industri padi dan beras di negara ini sudah mencapai tahap kronik dan ‘gila’ berikutan tekanan dihadapi petani selain ketiadaan beras putih tempatan di pasaran.

Exco PeSAWAH, Abdul Rashid Yob berkata, apa yang berlaku ketika ini menunjukkan situasi yang tidak sepatutnya serta wujud campur tangan pihak tertentu terutama kartel dalam industri tersebut. 

“Belum selesai isu beras putih tempatan, tiba-tiba petani berdepan pula tekanan harga belian padi di kilang yang jatuh mendadak daripada RM1,700 kepada RM1,200.

“Petani makin tersepit apabila semua kos melibatkan benih, jentera dan sewaan bendang meningkat tetapi harga padi pula menurun. Penurunan harga secara drastik itu sudah tentu mendatangkan kerugian besar kepada petani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turut sama berhimpun secara aman bersama hampir 200 petani bagi menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap isu terbabit di Kampung Lahar Budi, Mukim Derga di sini, hari ini (semalam).

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, antara faktor utama yang membawa kecelaruan itu selain penguasaan kartel adalah mekanisme harga kawalan yang sudah tidak sesuai kerana tidak pernah dikaji sejak 2008.

Katanya, sudah tiba masa untuk harga siling beras putih tempatan dinaikkan daripada RM2.60 sekilogram kepada RM3.50 sekilogram, sama seperti negara-negara pengeluar beras lain iaitu Vietnam dan Thailand.

Advertisement

“Peningkatan kos tidak sepatutnya hanya ditanggung petani yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah sebaliknya perlu ditanggung secara bersama oleh pihak-pihak lain memandangkan nasi merupakan makanan ruji rakyat negara ini.

“Justeru kami cadang beras tempatan dan import diletakkan dalam satu kategori dengan harga siling kedua-duanya pada kadar RM3.50 manakala perbezaan kualiti dibuat berdasarkan peratusan hancur iaitu lima dan 10 peratus.

“Dalam masa sama, harga lantai belian padi oleh pengilang pula perlu ditetapkan pada kadar RM1,500 per tan daripada RM1,200 ketika ini. Subsidi sebanyak RM500 diberikan kerajaan kepada pesawah tidak cukup untuk tampung kos berikutan peningkatan harga input pertanian cukup tinggi sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PeSAWAH, Mohd. Fuad Yaacob menegaskan golongan petani tiada langsung niat untuk bermusuh dengan kerajaan sebaliknya hanya mahu rintihan mereka didengari setelah sekian lama tertekan dan tertindas dengan beberapa isu yang seakan tidak pernah selesai.

“Bukan saja isu beras, malah benih padi tidak berkualiti yang menjejaskan pendapatan petani turut gagal ditangani dengan baik. Timbul persoalan terhadap pengeluar-pengeluar benih yang dapat kuota hingga 15,000 tan, adakah mereka ada ladang benih mencukupi untuk dibekalkan kepada pesawah atau hanya beli padi secara semberono untuk dijadikan benih.

“Satu perkara lagi bab subsidi benih, berilah terus kepada petani yang usahakan bendang dan tak perlu salurkan kepada pengeluar sebab ianya hak petani. Apabila diberikan kepada pengeluar, mungkin ada permainan tertentu untuk mendapat bayaran yang lebih,” katanya. 

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending