Connect with us

Terkini

Bukan masa sesuai perkenalkan semula GST pada masa ini – Kementerian Kewangan

Kerajaan tidak menafikan potensi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bukan masa sesuai perkenalkan semula GST pada masa ini – Kementerian Kewangan
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kementerian Kewangan berkata untuk memperkenalkan semula GST ketika ini adalah tidak sesuai kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun ini iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.
  • “Kerajaan belum bercadang kenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu ambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
  • “Kerajaan sentiasa awasi kedudukan ekonomi semasa dan pertimbangkan langkah-langkah fiskal bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” kata kementerian itu dalam jawapan lisan disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (28 Februari) bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai GST.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menafikan potensi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa depan.

Kementerian Kewangan, bagaimanapun, berkata untuk memperkenalkan semula GST ketika ini adalah tidak sesuai kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun ini iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” menurut kementerian itu dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (28 Februari).

Ia menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) yang ingin tahu sama ada GST akan diperkenalkan semula atau tidak.

Berhubung inisiatif cukai yang akan diambil dalam masa terdekat, katanya kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan cadangan pengenaan cukai ke atas barangan mewah serta perluasan duti eksais ke atas produk berkaitan rokok elektronik dan vape pada tahun ini.

Di samping itu, katanya kerajaan akan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai tahun 2024.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *