Terkini
Bukan masa sesuai perkenalkan semula GST pada masa ini – Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak menafikan potensi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa depan.

- Kementerian Kewangan berkata untuk memperkenalkan semula GST ketika ini adalah tidak sesuai kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun ini iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.
- “Kerajaan belum bercadang kenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu ambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
- “Kerajaan sentiasa awasi kedudukan ekonomi semasa dan pertimbangkan langkah-langkah fiskal bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” kata kementerian itu dalam jawapan lisan disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (28 Februari) bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai GST.
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menafikan potensi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa depan.
Kementerian Kewangan, bagaimanapun, berkata untuk memperkenalkan semula GST ketika ini adalah tidak sesuai kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun ini iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.
“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,” menurut kementerian itu dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (28 Februari).
Ia menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) yang ingin tahu sama ada GST akan diperkenalkan semula atau tidak.
Berhubung inisiatif cukai yang akan diambil dalam masa terdekat, katanya kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan cadangan pengenaan cukai ke atas barangan mewah serta perluasan duti eksais ke atas produk berkaitan rokok elektronik dan vape pada tahun ini.
Di samping itu, katanya kerajaan akan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai tahun 2024.
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor