Connect with us

Antarabangsa

Israel senaraikan Aman Palestin penyumbang dana kepada Hamas

Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.
  • Antara organisasi lain tersenarai ialah Human Appeal International, Al-Rahma International, Muslim Aid, Qatar Charity dan Al-Quds Foundation Malaysia.
  • Majoriti organisasi yang disenaraikan NBCTF di laman sesawangnya didakwa mempunyai pertalian dengan kumpulan pembebasan Palestin itu dengan label Hamas affiliation.
  • NBCTF berfungsi sebagai pusat risikan yang memerangi pembiayaan ‘keganasan’ yang ditubuhkan Kabinet Israel pada 2018.

Biro Kebangsaan bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan (NBCTF) Israel menyenaraikan Aman Palestin sebagai organisasi yang menyalurkan dana kepada Hamas.

Antara organisasi lain tersenarai ialah Human Appeal International, Al-Rahma International, Muslim Aid, Qatar Charity dan Al-Quds Foundation Malaysia.

Majoriti organisasi disenaraikan NBCTF di laman sesawangnya didakwa mempunyai pertalian dengan kumpulan pembebasan Palestin itu dengan label Hamas affiliation.

NBCTF berfungsi sebagai pusat risikan yang memerangi pembiayaan ‘keganasan’ yang ditubuhkan Kabinet Israel pada 2018.

“Biro Kebangsaan Menentang Pembiayaan Keganasan (NBCTF) di Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada Mac 2018. Pembentukan NBCTF atas keputusan Kabinet Israel yang membentangkan fungsi dan objektif Biro.

“Menteri Pertahanan melantik Pengarah NBCTF dengan rundingan bersama Perdana Menteri dan lapor terus kepada Menteri Pertahanan,” kata NBCTF di laman sesawangnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending