Terkini
Hamas bukan pengganas, Malaysia tidak iktiraf RUU Amerika Syarikat
Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar berkata Malaysia hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibuat secara multilateral.
- “Pertamanya, Malaysia tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh AS, yang keduanya ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
- Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian kerajaan berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin.
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata Malaysia hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibuat secara multilateral.
“Pertamanya, Malaysia tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh AS, yang keduanya ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Anwar berkata beberapa sahabat dari negara Islam turut memberi pendirian sama berkenaan isu itu ketika dihubungi beliau.
“Semalam saya menghubungi beberapa sahabat dan negara Islam yang memberikan pendirian sama.
“Hubungan dengan Hamas kita teruskan dulu dan sekarang serta tidak menghukum mereka sebagai pengganas,” katanya.
Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian kerajaan berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin.
Terdahulu, kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata, pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan. — The Merdeka Times
Sumber: Parlimen Malaysia
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas