Connect with us

Terkini

Kerajaan pantau RUU AS sekat pihak luar sokong HAMAS

Kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan pantau RUU AS sekat pihak luar sokong HAMAS
Foto: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
  • Kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.
  • “Keadaan di Palestin semakin buruk sehingga hari ini jumlah kematian yang kita terima adalah lebih daripada 8,700 orang dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka atau ‘displaced people’ sudah mencapai angka 1.4 juta orang kesemuanya, ini merupakan satu keadaan sangat menyedihkan.
  • “Di satu pihak pengeboman yang berterusan dilakukan manakala di satu pihak mereka bukan nak ambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, malah meletakkan lagi dalam keadaan sukar untuk mencapai keputusan yang baik bagi kita menghentikan serangan-serangan ini dalam kadar segera bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusiaan mulai masuk,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi “Diploma in Diplomacy” (DiD) Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.

“Keadaan di Palestin semakin buruk sehingga hari ini jumlah kematian yang kita terima adalah lebih daripada 8,700 orang dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka atau ‘displaced people’ sudah mencapai angka 1.4 juta orang kesemuanya, ini merupakan satu keadaan sangat menyedihkan.

“Di satu pihak pengeboman yang berterusan dilakukan manakala di satu pihak mereka bukan nak ambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, malah meletakkan lagi dalam keadaan sukar untuk mencapai keputusan yang baik bagi kita menghentikan serangan-serangan ini dalam kadar segera bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusiaan mulai masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi “Diploma in Diplomacy” (DiD) Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini hari ini.

Katanya, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir melalui penerbangan kargo sewaan khas esok seperti yang dijadualkan.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Mesir kerana dalam tempoh yang singkat mereka membenarkan bantuan dari Malaysia untuk sampai. Kebiasaannya bagi negara-negara lain untuk sampai ke Lapangan Terbang Al-Arish itu mengambil masa berhari-hari lebih kurang lima enam hari tetapi dalam konteks Malaysia kita mendapat keputusan dalam 36 jam sahaja.

Advertisement

“… ia membolehkan kita membuat persiapan-persiapan untuk penghantaran ke lapangan terbang itu, daripada situ pihak berkuasa Mesir akan melakukan tindakan susulan bagi menghantar barangan ke Rafah,” katanya.

Pada masa sama, Zambry berkata Wisma Putra juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan seorang rakyat Malaysia Nurul Ain Haron serta suaminya yang sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas dengan kerjasama negara ketiga.

“Kita juga telah mendapat maklum balas mengenai kemungkinan laluan di Rafah akan dibuka bagi membolehkan rakyat-rakyat dari luar negara dan mereka yang mempunyai dwikerakyatan iaitu rakyat Palestin dan negara lain untuk keluar,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending