Connect with us

Terkini

Anak Najib, cucu Tun Abdul Razak kecewa nama datuknya digunakan bar kontroversi libatkan ‘Thai Hot Guy’

Cucu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meluahkan kekecewaan apabila nama mantan perdana menteri Malaysia itu didakwa digunakan dalam poster mempromosikan pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ melibatkan perasmian bar Privacy Tun Razak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Anak Najib, cucu Tun Abdul Razak kecewa nama datuknya digunakan bar kontroversi libatkan 'Thai Hot Guy'
Foto: Nazif Najib.
  • “Menggunakan nama Tokda Allahyarham Tun Abdul Razak saya sebagai bahan mahupun artikel promosi adalah sangat memalukan keluarga besar saya. 
  • “Ini adalah sangat tidak wajar dan saya melihat ia satu penghinaan buat Allahyarham sendiri.. kecewa dan sedih, itu yang bersarang dalam hati saya.” 
  • Cucu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, Nazif Najib berkata demikian di Facebook pada Rabu.
  • Nazif tidak menghalang bukan Islam berhibur namun perlu ada kewajaran dalam meluluskan hiburan berbentuk demikian memandangkan negara ini mempunyai masyarakat berbilang agama serta bangsa.
  • Tinjauan The Merdeka Times di Instagram bar itu, serta merujuk kepada poster dimuat naik difahamkan premis itu mulai dibuka pada September tahun lalu di mana setiap poster mereka mempunyai cetakan nama ‘Privacy Tun Razak’.

KUALA LUMPUR Cucu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meluahkan kekecewaan apabila nama mantan perdana menteri Malaysia itu didakwa digunakan dalam poster mempromosikan pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ melibatkan perasmian bar Privacy Tun Razak.

Menerusi hantaran di Facebook, Nazif Najib berkata menggunakan nama itu sebagai bahan mahupun artikel promosi adalah sangat memalukan keluarga besar saya.

Nazif yang juga merupakan anak kepada Datuk Seri Najib Razak melihat perkara itu sebagai satu penghinaan buat Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Menggunakan nama Tokda Allahyarham Tun Abdul Razak saya sebagai bahan mahupun artikel promosi adalah sangat memalukan keluarga besar saya. 

“Ini adalah sangat tidak wajar dan saya melihat ia satu penghinaan buat Allahyarham sendiri.. kecewa dan sedih, itu yang bersarang dalam hati saya,” katanya dalam hantaran itu pada Rabu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut meluahkan kekesalan apabila nama Tun Abdul Razak dibenarkan untuk digunakan sebagai nama bar berkenaan.

Menurutnya, perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab, malah menghina nama baik pemimpin negara.

Foto: Tangkap Layar Facebook Nazif Najib.

Sementara itu, Nazif mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan keras kepada pihak penganjur untuk membanteras pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ mengikut kaedah perundangan di sini.

Katanya, beliau tidak menghalang bukan Islam berhibur namun perlu ada kewajaran dalam meluluskan hiburan berbentuk demikian memandangkan negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang agama serta bangsa.

Tinjauan The Merdeka Times di Instagram bar itu, serta merujuk kepada poster dimuat naik difahamkan premis itu mulai dibuka pada September tahun lalu di mana setiap poster mereka mempunyai cetakan nama ‘Privacy Tun Razak’.

Semalam, Privacy Tun Razak telah membatalkan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan bagi menghormati sensitiviti kaum dan agama. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Nazif Najib

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *