Connect with us

Terkini

Netizen kritik kedai kek larang tulisan “Merry Christmas”

Tindakan sebuah syarikat kedai kek melarang ucapan “Merry Christmas” ditulis pada produknya dikecam netizen, minggu lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan sebuah syarikat kedai kek melarang ucapan “Merry Christmas” ditulis pada produknya dikecam netizen, minggu lalu. 
  • Ini kerana larangan seumpama itu tidak pernah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • “Tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya,” kata JAKIM dalam kenyataannya berhubung insiden kontroversi itu. 
  • Terdahulu, tular di media sosial berkenaan memorandum dalaman dikeluarkan Syarikat Berry’s pada 14 Disember lalu berhubung larangan itu, sebelum JAKIM semalam mengesahkan tiada larangan seumpama itu dikeluarkan bagi premis pemegang SPHM.
  • Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen berita Sin Chew Daily mendapati netizen mengkritik bahagian pengurusan kedai yang membuat keputusan sendiri.

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah syarikat kedai kek melarang ucapan “Merry Christmas” ditulis pada produknya dikecam netizen, minggu lalu. 

Ini kerana larangan seumpama itu tidak pernah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan memorandum dalaman dikeluarkan Syarikat Berry’s pada 14 Disember lalu berhubung larangan itu, sebelum JAKIM semalam mengesahkan tiada larangan seumpama itu dikeluarkan bagi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya,” kata JAKIM dalam satu kenyataan susulan insiden kontroversi itu. 

JAKIM berkata isu sama pernah dijawab pada 25 Disember 2020 dan 1 November 2023.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen berita Sin Chew Daily mendapati netizen mengkritik bahagian pengurusan kedai yang membuat keputusan sendiri.

Foto: Komen Netizen.

“Kes ini adalah idea buruk syarikat kek sendiri,” kata netizen.

“Patut boikot dia, bagi satu pengajaran berat,” respon netizen.

“Bahagian halal dah kata tiada larangan. Dari mula, manager (pengurus) yang mengeluarkan larangan itu yang ekstremis. Orang macam ini patut dipecat,” kritik netizen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *