Connect with us

Terkini

‘Thai Hot Guy’ dibatalkan

Majlis perasmian Privacy Tun Razak yang didakwa menampilkan ‘Thai Hot Guy’ dibatalkan hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menerusi hantaran Facebook, Privacy Tun Razak memaklumkan, pihaknya menghormati negara ini yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa serta tidak akan melanggar undang-undang melibatkan isu keagamaan di sini.
  • Dalam kenyataan itu, mereka turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan atas dasar menghormati sensitiviti kaum dan agama pihak tersebut memutuskan program yang didakwa akan berlangsung pada 30 Mac ini dibatalkan.
  • “Pihak kami tidak berniat untuk mengadakan pertunjukan anti-tradisional yang secara tidak langsung telah menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.
  • “Pihak kami telah memutuskan untuk membatalkan acara pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

KUALA LUMPUR – Majlis perasmian Privacy Tun Razak yang didakwa menampilkan ‘Thai Hot Guy’ dibatalkan hari ini.

Menerusi hantaran Facebook, Privacy Tun Razak memaklumkan, pihaknya menghormati negara ini yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa serta tidak akan melanggar undang-undang melibatkan isu keagamaan di sini.

Dalam kenyataan itu, mereka turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan atas dasar menghormati sensitiviti kaum dan agama pihak tersebut memutuskan program yang didakwa akan berlangsung pada 30 Mac ini dibatalkan.

“Pihak kami tidak berniat untuk mengadakan pertunjukan anti-tradisional yang secara tidak langsung telah menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.

“Disebabkan oleh penularan di media sosial berkenaan menyalahgunakan ayat-ayat dan iklan tanpa persetujuan pihak kami menjadikan perasmian Privacy Tun Razak mendapat perhatian yang meluas pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Pihak kami telah memutuskan untuk membatalkan acara pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Kenyataan rasmi Privacy Tun Razak di Facebook.

Sebelum ini, satu acara hiburan menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, didakwa bakal dianjurkan di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

Acara yang dipromosi di beberapa platform media sosial mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak yang mendesak supaya ia dibatalkan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Privacy Tun Razak

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *