Connect with us

Terkini

(VIDEO) Thai Hot Guy : “Apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam,” – Pembela

Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, sekali gus ia menghina kehormatan Islam sebagai agama persekutuan. 

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Thai Hot Guy : “Apa lagi yang ingin kita 'halalkan' atas nama hak untuk bukan Islam,” - Pembela
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ‘Thai Hot Guy’ 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, ia juga menghina kehormatan Islam.
  • “Bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini,” –  Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya
  • Meskipun ia bukan dimaksudkan untuk orang Islam namun tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat bukan Islam khususnya kepada generasi muda.
  • “Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?,” soalnya.
  • Majlis agama, DBKL dan PDRM didesak untuk sama-sama membanteras program berkenaan.
  • “Kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu nak buat program sikit, bukan main lagi sekat sini sana,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, sekali gus ia menghina kehormatan Islam sebagai agama persekutuan. 

Mantan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya berkata pelancaran acara yang memalukan seperti ini akan membuatkan pelancong-pelancong warga asing tidak lagi sensitif dengan Malaysia.

“Bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini. 

“Pasti mereka akan rasa kita tidak lagi sensitif dan kisah mengenai imej negara sebagai sebuah negara yang penuh adab ketimuran dan prinsip-prinsip Islami,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Katanya, walaupun acara tersebut bukan dimaksudkan untuk orang Islam bagaimanapun ia tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat bukan Islam terutamanya kepada generasi muda.

“Inikah jenis hiburan yang kita ingin biarkan disajikan kepada mereka?

“Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?,” soalnya.

Aminuddin mendesak pihak berkuasa seperti majlis agama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sama-sama membanteras program berkenaan.

“Contohnya, DBKL boleh gantung lesen perniagaan manakala majlis agama boleh mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Menteri Agama (Menteri Agama memang jaga WP),” katanya. 

Beliau juga menggesa kepada pihak berkuasa agar lebih cakna dan sensitif terhadap program-program yang merosakkan akhlak sebegini. 

“Kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu nak buat program sikit, bukan main lagi sekat sini sana,” katanya.

Difahamkan, pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ merupakan sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ dari Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia.

Menerusinya, lelaki-lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dengan melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Aminuddin Yahya

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending