Connect with us

Terkini

Dokumen CSO ASEAN: Tuntutan bercanggah Perlembagaan, nilai Islam tidak akan diterima – Menteri Agama

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • Sebarang tuntutan bercanggah Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai murni Islam sebagai agama Persekutuan tidak akan diterima di peringkat nasional mahupun diangkat ke platform antarabangsa oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.
  • Penegasan itu disuarakan Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berhubung pendirian kerajaan terhadap tuntutan kumpulan Civil Society Organizations (CSO) menerusi Advisory Paper (Kertas Nasihat) kepada ASEAN yang menuntut pengiktirafan hak-hak tertentu yang dilihat bertentangan Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Sebarang tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai murni Islam sebagai agama Persekutuan tidak akan diterima di peringkat nasional mahupun diangkat ke platform antarabangsa oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Penegasan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berhubung pendirian kerajaan terhadap tuntutan kumpulan Civil Society Organizations (CSO) menerusi Advisory Paper (Kertas Nasihat) kepada ASEAN yang menuntut pengiktirafan hak-hak tertentu yang dilihat bertentangan Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut Mohd Na’im, kerajaan mengambil maklum akan kandungan dokumen tersebut, dan berpendirian sebarang tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tidak wajar diterima di peringkat nasional.

“Kerajaan berpegang dan konsisten dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai murni Islam sebagai agama Persekutuan.

“Segala tuntutan yang bercanggah dengan asas tersebut tidak akan diterima di peringkat nasional dan tidak akan diangkat oleh YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN dalam mana-mana platform antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan bahawa pada 17 Disember 2024, pihak Pusat KOMAS telah menulis kepada Pejabat Perdana Menteri bagi memohon penyerahan rasmi Advisory Paper kepada Perdana Menteri sebelum berlangsungnya Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri (AMM Retreat) yang dijadualkan pada Januari 2025.

Pada Mei lalu, beberapa pihak tampil menyuarakan kebimbangan terhadap kandungan dokumen “Advisory Paper to the Chair of ASEAN 2025 – Malaysia” dikemukakan gabungan CSO ASEAN yang didakwa mengandungi cadangan bercanggah Perlembagaan dan nilai Islam, termasuk cadangan pemisahan agama daripada negara serta pelaksanaan undang-undang anti-diskriminasi LGBTQIA+.

Ia sekali gus mengundang desakan supaya kerajaan, khususnya Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN, menolak kandungan dokumen tersebut.— The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author