Connect with us

Terkini

Bar jemput ‘Thai Hot Guy’ tiada lesen hiburan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.

Wartawan TMT

Published

on

Bar jemput ‘Thai Hot Guy’ tiada lesen hiburan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.
  • Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, siasatan DBKL itu juga mendapati, premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd namun lesen tersebut telah tamat pada 4 Februari 2021.
  • “DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan sebuah bar kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, ibu negara, tidak mempunyai lesen hiburan atau permohonan menjalankan aktiviti hiburan.

Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, siasatan DBKL itu juga mendapati, premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd namun lesen tersebut telah tamat pada 4 Februari 2021.

“Justeru itu, DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sebuah bar baharu di Kuala Lumpur sebelum ini menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menggunakan model Thai Hot Guy yang merupakan tetamu undangan penghias poster.

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengkritik tindakan tersebut sehingga memaksa penganjur menutup ruangan komen mereka di Facebook.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending