Connect with us

Terkini

Tidak mungkin tubuh parti baharu namun KJ berminat tanding PRN

Khairy Jamaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak mungkin tubuh parti baharu namun KJ berminat tanding PRN
Foto: Khairy Jamaluddin
  • “Pasaran agak tepu dan saya lihat mungkin tiada ruang untuk parti baharu di Malaysia.
  • “Walaupun ia satu pilihan, tidak mungkin (saya akan tubuh parti baharu),” – KJ
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO ini turut dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor dan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.
  • Pengalaman di negeri akan lengkapkan kemahirannya kerana punyai pengalaman sebagai bekas ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal dan mengetuai tiga kementerian berbeza sebelum ini.

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.

“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” katanya memetik laporan The Star.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Kelab Concorde, iaitu kumpulan tidak rasmi pengarang dan wartawan kanan bersama dengan ahli politik dan pembuat dasar utama.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, Khairy tewas di Sungai Buloh apabila Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan melalui calonnya, Datuk R Ramanan dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendahului dengan 50,943 undi, manakala Khairy memperoleh 48,250 undi.

Khairy turut menjelaskan, minatnya untuk bertanding dalam PRN Selangor akan datang itu jika beliau memutuskan untuk kembali berpolitik selepas dipecat oleh UMNO pada 27 Januari lalu.

“Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding PRN, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” ujarnya.

Khairy berkata, pengalaman di negeri akan melengkapkan kemahirannya kerana mempunyai pengalaman sebagai bekas ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal dan mengetuai tiga kementerian berbeza sebelum ini.

Beliau dalam masa sama turut tidak bercadang untuk menubuhkan parti baharu di negara ini.

“Pasaran agak tepu dan saya lihat mungkin tiada ruang untuk parti baharu di Malaysia.

“Walaupun ia satu pilihan, tidak mungkin (saya akan tubuh parti baharu),” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending