Terkini
Isu berita palsu, fitnah perlu ditangani suruhanjaya bebas – KJ
Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.

- Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.
- Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sekiranya perkara itu dapat dilakukan, beliau percaya isu fitnah dapat dikendalikan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
- Khairy berkata pengalamannya ketika menjawat jawatan menteri turut berdepan situasi sama apabila sering diserang dengan isu-isu yang telah dijawab.
- “Saya sebagai seorang menteri banyak isu timbul dan banyak kali saya nafikan, tapi ia masih muncul. Takkan saya nak saman semua orang. Perkara ini perlu ditangani untuk kerajaan dan siapa jadi pemimpin, kalau tidak benda ini akan berulang dan ada orang percaya,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Khamis.
- Terdahulu, Shahril dalam podcast yang sama mencadangkan agar suruhanjaya diberi tanggungjawab dalam menangani isu berita palsu, dan kata-kata individu yang disifatkan sebagai fitnah perlu bebas daripada mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR: Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.
Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sekiranya perkara itu dapat dilakukan, beliau percaya isu fitnah dapat dikendalikan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
“Saya setuju dengan cadangan bahawa perlu ada satu suruhanjaya melihat isu ini, dan ambil tindakan cepat. Masalahnya, kalau saya boleh cakap, kalau nak bawa kes saman fitnah ke mahkamah akan ambil masa lama.
“Saya ada pengalaman dengan Perdana Menteri ke-10 (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Walaupun saya tak fitnah beliau, tapi saya hentikan rayuan saya. Perkara itu dah diselesaikan tetapi ‘benda’ itu dah lapan, sembilan tahun,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Khamis.
Ujar Khairy lagi, pengalamannya ketika menjawat jawatan menteri turut berdepan situasi sama apabila sering diserang dengan isu-isu yang telah dijawab.
“Saya sebagai seorang menteri banyak isu timbul dan banyak kali saya nafikan, tapi ia masih muncul. Takkan saya nak saman semua orang. Perkara ini perlu ditangani untuk kerajaan dan siapa jadi pemimpin, kalau tidak benda ini akan berulang dan ada orang percaya,” katanya lagi.
Terdahulu, Shahril dalam podcast yang sama mencadangkan agar suruhanjaya diberi tanggungjawab dalam menangani isu berita palsu, dan kata-kata individu yang disifatkan sebagai fitnah perlu bebas daripada mana-mana pihak.
Ujarnya, menjadi masalah apabila ketetapan yang dibuat dalam mengklasifikasikan sesuatu berita itu palsu mahupun fitnah sekiranya suruhanjaya terbabit terikat dengan kerajaan sedia ada.
“Ini menjadi masalah kerana garisan itu tidak jelas (garis panduan), di mana ‘benda’ ini (sesuatu isu), adakah ia kritikan yang legitimate atau tidak. Yang membuat keputusan apakah definisi itu (berita palsu atau fitnah) satu pihak partisan, itulah masalahnya.
“Mungkin dalam kematangan demokrasi Malaysia yang lebih baik, boleh kita memikirkan satu suruhanjaya yang bebas memberikan keputusan, adakah ini berbentuk menghasut atau membawa masalah, dan perlu dibendung, atau adakah ini kritikan membina yang adil diberikan,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas