Connect with us

Terkini

Terpaksa kurangkan pembelian sayur, harga mahal

Peningkatan harga sayur-sayuran memberi kesan negatif kepada pengguna lebih-lebih lagi perbelanjaan ha­rian isi rumah, khususnya buat keluarga yang mempunyai bila­ngan anak ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Terpaksa kurangkan pembelian sayur, harga mahal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peningkatan harga sayur-sayuran memberi kesan negatif kepada pengguna lebih-lebih lagi perbelanjaan ha­rian isi rumah, khususnya buat keluarga yang mempunyai bila­ngan anak ramai.
  • Seorang suri rumah, Norhanis Mohamad, 38, berkata, dia terpaksa mengurangkan pembelian sayur-sayuran untuk keluarga kerana harga yang mahal.
  • “Setelah harga sayur-sayu­ran meningkat, saya terpaksa kurangkan jumlah pembelian. Tidak guna jika saya membeli empat atau lima jenis sayur tetapi kuantiti sedikit, jadi saya kurangkan jenis sayur,” katanya.
  • “Sayur bukan kehendak sebaliknya adalah satu keperluan, dan  penting dalam memastikan tumbesaran sihat bukan sahaja buat kanak-kanak malahan golongan dewasa, jadi saya harap kerajaan cepat bertindak.”

 

JOHOR BAHRU – Peningkatan harga sayur-sayuran memberi kesan negatif kepada pengguna lebih-lebih lagi perbelanjaan ha­rian isi rumah, khususnya buat keluarga yang mempunyai bila­ngan anak ramai.

Seorang suri rumah, Norhanis Mohamad, 38, berkata, dia terpaksa mengurangkan pembelian sayur-sayuran untuk keluarga kerana harga yang mahal.

Katanya, dia juga kini membeli hanya dua atau tiga jenis sayur apabila ke pasar atau kedai runcit berhampiran, berbeza berbanding sebelumnya.

“Jika dahulu, saya kerap membeli sehingga empat atau lima jenis sayur. Ini kerana saya mempunyai empat anak dan mempelbagaikan menu masakan.

“Setelah harga sayur-sayu­ran meningkat, saya terpaksa kurangkan jumlah pembelian. Tidak guna jika saya membeli empat atau lima jenis sayur tetapi kuantiti sedikit, jadi saya kurangkan jenis sayur,” katanya yang menetap di Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang, di sini.

Seorang lagi suri rumah, Ros Saori, 59, pula berkata, dia tiada pilihan kerana masih perlu membeli sayur-sayuran untuk kegunaan harian keluarganya.

“Walaupun harga sayur sudah semakin mahal, tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana ia merupakan makanan utama buat keluarga dan anak-anak. Apatah lagi sayur adalah makanan berkhasiat, saya tidak boleh hanya beri anak-anak makan ikan, daging atau ayam tanpa sayur-sayuran.

“Mungkin golongan yang menetap di kawasan luar bandar boleh menanam sayur secara kecil-kecilan jika mereka mempunyai tanah lapang, tetapi kami yang menetap di kawasan bandar ini tidak boleh berbuat demikian,” katanya yang juga mempunyai empat orang anak.

Menurut seorang lagi suri rumah, Kamariah Abd. Kadir, 71, dia berharap kerajaan akan dapat mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal kenaikan harga sayur ketika ini.

“Saya amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan harga sayur serta bahan keperluan asas lain tidak terus naik.

“Sayur bukan kehendak sebaliknya adalah satu keperluan, dan ia juga penting dalam memastikan tumbesaran sihat bukan sahaja buat kanak-kanak malahan golongan dewasa, jadi saya harap kerajaan cepat bertindak,” katanya yang merupakan seorang pesara guru.

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending