Terkini
Kelantan: Bekalan ikan,sayur cukup namun harga tidak stabil
Bekalan barangan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran mencukupi untuk menampung keperluan pengguna walaupun harganya tidak stabil sejak kebelakangan ini.
- Bekalan barangan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran mencukupi untuk menampung keperluan pengguna walaupun harganya tidak stabil sejak kebelakangan ini.
- Tinjauan yang dilakukan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mendapati beberapa jenis ikan mengalami kenaikan di antara RM1 hingga RM6 sekilogram.
- Antaranya ikan tongkol yang sebelum ini RM12 sekilogram kini dijual RM14, ikan kembung dari RM20 kepada RM24 hingga RM26 sekilogram berbanding sebelum ini; ikan cencaru dari RM10 kepada RM13 sekilogram, dan ikan siakap pula dari RM20 kepada RM22 sekilogram.
- Jenis sayuran mengalami penurunan harga ialah terung yang sebelum RM8 kini dijual RM6 sekilogram dan timun batang dari RM8 kepada RM6 sekilogram.
- Bagi sayuran mengalami kenaikan ialah cili kecil yang sebelum ini RM9 kini dijual RM12 sekilogram, tomato dari RM8 kepada RM9 berbanding sebelum ini, petola dari RM8 kepada RM10 hingga RM12 sekilogram, manakala halia dari RM6 kepada RM10 sekilogram.
Kota Bharu: Bekalan barangan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran mencukupi untuk menampung keperluan pengguna walaupun harganya tidak stabil sejak kebelakangan ini.
Tinjauan yang dilakukan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mendapati beberapa jenis ikan mengalami kenaikan di antara RM1 hingga RM6 sekilogram.
Antaranya ikan tongkol yang sebelum ini RM12 sekilogram kini dijual RM14, ikan kembung dari RM20 kepada RM24 hingga RM26 sekilogram berbanding sebelum ini; ikan cencaru dari RM10 kepada RM13 sekilogram, dan ikan siakap pula dari RM20 kepada RM22 sekilogram.
Begitu juga dengan harga sayur-sayuran yang juga tidak stabil.
Jenis sayuran yang mengalami penurunan harga ialah terung yang sebelum RM8 kini dijual RM6 sekilogram dan timun batang dari RM8 kepada RM6 sekilogram.
Bagi sayuran yang mengalami kenaikan antaranya ialah cili kecil yang sebelum ini RM9 kini dijual RM12 sekilogram, tomato dari RM8 kepada RM9 berbanding sebelum ini, petola dari RM8 kepada RM10 hingga RM12 sekilogram, manakala halia dari RM6 kepada RM10 sekilogram.
Peniaga ikan, Nurul Faezah Abdullah, 38, berkata, bekalan ikan yang diperoleh tidak menentu sekali gus menyebabkan kebanyakan harga ikan mula naik sejak tiga hari lalu.
“Bekalan ikan diambil dari pembekal luar Kelantan iaitu dari Kedah, Besut serta Tok Bali dan bekalan ikan yang diterima daripada pembekal sekarang ini masih ikan segar.
“Bagaimanapun, pelanggan tidak seramai seperti sebelum ini mungkin disebabkan harga ikan yang sedikit mahal, namun turun naik harga memang sudah menjadi kebiasaan,” katanya.
Peniaga sayur, Farah Zuriati Rahman, 30, berkata, harga sayur mengalami turun naik sejak lebih sebulan yang lalu dan dia sendiri bingung memikirkan situasi harga sayur pada ketika ini.
“Bagaimanapun, setakat ini bekalan sayur masih cukup untuk jualan harian.
“Kebanyakan bekalan sayur yang dijual ini diperoleh daripada pemborong di RTC untuk menampung keperluan pelanggan yang datang membeli di pasar ini,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Rosnah Isa, 78, berkata, sejak kebelakangan ini, harga barangan keperluan harian mengalami turun naik menyebabkan dia membeli dalam kuantiti yang sedikit.
“Sebagai pengguna kita harus bijak berbelanja dalam situasi harga barang yang tidak menentu kita perlulah berbelanja mengikut keperluan.
“Untuk berjimat, saya memilih sayuran dan lauk pauk yang tidak terlalu mahal untuk dijadikan hidangan keluarga,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina