Connect with us

Terkini

Kelantan perlu terbuka dan perbanyakkan program kesedaran seksualiti kepada anak muda – Akhi Fairuz

Published

on

Foto: Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi
  • Ini kerana menurut Akhi Fairuz yang berpengalaman berbelas tahun dalam memberikan ceramah seksualiti, Kelantan merupakan antara negeri yang dilihat kurang aktif dalam mengadakan ceramah untuk menyebarkan kesedaran seksualiti.
  • “Jadi, saya pun tak faham adakah mereka ini sangat tertutup atau adakah mereka rasa benda ini tak penting ataupun mungkin tabu sangat,” katanya kepada The Merdeka Times.
  • “Pihak kerajaan negeri EXCO pendidikan, bahagian EXCO agama, guru-guru, sekolah perlu jadikan benda ini agenda yang besar untuk memastikan anak-anak di Kelantan tidak lagi berterusan dalam hal-hal seperti ini sebab tahun ini sahaja ada banyak kes melibatkan anak-anak muda di Kelantan.”
  • Akhi Fairuz turut tegur sikap segelintir ahli politik di Kelantan yang, menurutnya, cenderung memberi respons bersifat perbandingan apabila timbul isu berkaitan gejala sosial atau seksual di negeri itu.

 

KUALA LUMPUR — Susulan serbuan ke atas acara berkaitan kelompok gay di Kelantan yang dihadiri lebih 100 lelaki tempatan, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyarankan agar negeri itu memperbanyakkan program kesedaran seksualiti kepada anak-anak muda.

Ini kerana menurut beliau yang berpengalaman berbelas tahun dalam memberikan ceramah seksualiti, Kelantan merupakan antara negeri yang dilihat kurang aktif dalam mengadakan ceramah untuk menyebarkan kesedaran seksualiti.

“Berbelas tahun saya berceramah dalam lima atau enam kali je saya dijemput di Kelantan untuk sebarkan tentang kesedaran seksualiti.

“Jadi, saya pun tak faham adakah mereka ini sangat tertutup atau adakah mereka rasa benda ini tak penting ataupun mungkin tabu sangat,” katanya kepada The Merdeka Times yang meminta beliau mengulas lanjut berkenaan hantaran Facebooknya baru-baru ini yang menyentuh isu sama.

Situasi di Kelantan kata beliau adalah berbeza dengan Negeri Terengganu yang turut mempunyai majoriti penduduk Melayu-Muslim serta berada di bawah pentadbiran parti politik yang sama, tetapi mereka lebih terbuka berhubung isu seksualiti.

Katanya, program-program kesedaran yang melibatkan beliau juga lebih banyak dianjurkan di negeri itu berbanding di Kelantan.

Tidak pasti punca perbezaan tersebut, Akhi Fairuz bagaimanapun berharap Kelantan akan lebih terbuka dalam isu seksualiti berikutan tahun ini sahaja sudah banyak kes seperti jenayah seksual dan rogol bawah umur dilaporkan berlaku di negeri itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Akhi Fairuz pada Khamis.

“Pihak kerajaan negeri EXCO pendidikan, bahagian EXCO agama, guru-guru, sekolah perlu jadikan benda ini agenda yang besar untuk memastikan anak-anak di Kelantan tidak lagi berterusan dalam hal-hal seperti ini sebab tahun ini sahaja ada banyak kes melibatkan anak-anak muda di Kelantan.

“EXCO kerajaan, banyakkan program awareness berkaitan seksualiti, bahagian jangkitan penyakit-berjangkit di Kelantan itu jemput doktor-doktor untuk menyampaikan ceramah.

“Dan Jabatan Agama aktif, tolong sediakan teks khutbah yang sepatutnya, beri dana untuk buat program-program bersifat masyarakat kepada anak-anak muda,” katanya.

Dalam masa sama, Akhi Fairuz turut menegur sikap segelintir ahli politik di Kelantan yang, menurutnya, cenderung memberi respons bersifat perbandingan apabila timbul isu berkaitan gejala sosial atau seksual di negeri itu.

“Saya perasan juga, politician di Kelantan ini sering kali menjadikan alasan ‘ohh, Terima kasih Ketua Polis Kelantan buat kerja (menangani isu seksual atau sosial), Alhamdulillah, bagus’.

“Lepas itu dia nak dapat mileage politik juga… Bila mana politician di Kelantan sebut negeri lain pun ada juga (kes sama),” katanya.

Tegasnya, pihak tersebut tidak perlu membawa naratif sedemikian, sebaliknya perlu mengakui apa yang berlaku dan segera melaksanakan tindakan sepatutnya kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu tersebut.

Justeru, beliau berharap semua pihak di negeri itu, khususnya pihak berkuasa dan kerajaan negeri akan terus giat memastikan kes seksual, termasuk acara gay seperti yang berlaku sebelum ini tidak berulang. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author