Terkini
PM mahu forum, wacana Islamofobia libatkan ulama dan pakar pelbagai agama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penganjuran forum dan wacana mengenai Islamofobia turut disertai golongan ulama dan pakar akademik daripada pelbagai latar belakang agama dalam usaha mewujudkan lebih kefahaman antara agama.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penganjuran forum dan wacana mengenai Islamofobia turut disertai golongan ulama dan pakar akademik daripada pelbagai latar belakang agama dalam usaha mewujudkan lebih kefahaman antara agama.
- Katanya, penyertaan ulama daripada pelbagai agama dalam wacana memberi manfaat terutamanya mempromosikan budaya menolak kebencian agama.
- “Jadi, saya menyarakan untuk sesi (wacana) pada masa depan untuk dapatkan kumpulan pakar yang mewakili Islam serta agam-agama lain seperti di Malaysia atau negara barat kerana ada ulama dan ahli akademik di sana tidak berkongsi tentang prejudis serta kebencian.”
PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penganjuran forum dan wacana mengenai Islamofobia turut disertai golongan ulama dan pakar akademik daripada pelbagai latar belakang agama dalam usaha mewujudkan lebih kefahaman antara agama.
Perdana Menteri berkata, penyertaan ulama daripada pelbagai agama termasuk Islam dalam wacana berkenaan disifatkan mampu memberi manfaat terutamanya bagi mempromosikan budaya menolak kebencian agama.
“Sebagai kesimpulan, adakah kita merasakan Islamofobia perlu diteruskan sebagai satu kepercayaan kukuh? Tidak. Kita perlu lebih banyak untuk katakan ya.
“Jadi, saya menyarakan untuk sesi (wacana) pada masa depan untuk dapatkan kumpulan pakar yang mewakili Islam serta agam-agama lain seperti di Malaysia atau negara barat kerana ada ulama dan ahli akademik di sana tidak berkongsi tentang prejudis serta kebencian,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani di sini tadi.
Sehubungan itu, Anwar berkata, sesi perkongsian bersama itu bakal memberi manfaat kepada setiap agama terlibat seterusnya mempromosikan budaya untuk menghapuskan kebencian dan elemen prejudis sesama individu.
“Pada pandangan saya, sesi pertukaran (pandangan) begitu berguna untuk mempromosikan ini. Untuk mendapatkan saty tahap persefahaman, ia sangat kritikal.
“Kita di Malaysia perlu tetapkan contoh ini kerana kadang-kadang turut terpengaruh dengan pemikiran barat. Kita perlu terbuka dan beri manfaat kepada orang sekeliling,” jelasnya.
Sumber: Kosmo