Connect with us

Antarabangsa

Mainkan lagu Palestin, Sekolah Ottawa diserang penyokong zionis

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sekolah Menengah Sir Robert Borden
  • Lembaga Sekolah Daerah Ottawa-Carleton (OCDSB) menjalankan siasatan terhadap tindakan sebuah sekolah memainkan lagu Palestin tentang keamanan semasa majlis Hari Peringatannya.
  • Ia susulan tindakan Sekolah Menengah Sir Robert Borden memasukkan lagu berbahasa Arab dalam perhimpunan untuk semua peringkat gred, mencetuskan bantahan daripada kelompok zionis yang menganggapnya bermotif politik dan “tidak sesuai” untuk majlis itu.
  • Lembaga sekolah terbabit mengumumkan penyiasatan itu dalam surat pada Selasa, lapor Quds News Network.
  • Supritendan OCDSB, Walter Piovesan menekankan komitmen lembaga itu untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang menyokong, dengan menyatakan, “OCDSB sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu ini untuk memastikan ia ditangani dengan sewajarnya dan bermakna. Kesejahteraan pelajar adalah keutamaan kami”.
  • Lagu itu, yang menggambarkan konsep keamanan, dimainkan tiga kali semasa majlis Hari Peringatan sekolah di mana liriknya meneroka tema kerinduan untuk keamanan.

Lembaga Sekolah Daerah Ottawa-Carleton (OCDSB) menjalankan siasatan terhadap tindakan sebuah sekolah memainkan lagu Palestin tentang keamanan semasa majlis Hari Peringatannya.

Ia susulan tindakan Sekolah Menengah Sir Robert Borden memasukkan lagu berbahasa Arab dalam perhimpunan untuk semua peringkat gred, mencetuskan bantahan daripada kelompok zionis yang menganggapnya bermotif politik dan “tidak sesuai” untuk majlis itu.

Lembaga sekolah terbabit mengumumkan penyiasatan itu dalam surat pada Selasa, lapor Quds News Network.

Supritendan OCDSB, Walter Piovesan menekankan komitmen lembaga itu untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang menyokong, dengan menyatakan, “OCDSB sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu ini untuk memastikan ia ditangani dengan sewajarnya dan bermakna. Kesejahteraan pelajar adalah keutamaan kami”.

Pengetua sekolah terbabit, Aaron Hobbs, dilaporkan menghantar surat kepada ibu bapa pada malam Isnin, memohon maaf atas ‘kesulitan’ yang ditimbulkan.

Lagu ini bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian dan inklusiviti dalam upacara yang secara tradisinya memfokuskan kepada tokoh-tokoh tentera sejarah, kata Hobbs.

Insiden itu dikatakan mencetuskan kempen hasutan daripada tokoh pro-Israel yang mengkritik kemasukan lagu itu kerana bahasanya.

Lagu Palestin itu, yang menggambarkan konsep keamanan, dimainkan tiga kali semasa majlis Hari Peringatan sekolah di mana liriknya meneroka tema kerinduan untuk keamanan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *