Antarabangsa
Biden ‘penjenayah perang’ – Kumpulan Muslim AS
- Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Rabu mengisytiharkan Presiden Joe Biden sebagai “penjenayah perang” atas keputusannya untuk terus membekalkan senjata kepada Israel walaupun rejim itu gagal memenuhi tarikh akhir dimandatkan Amerika Syarikat (AS) bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
- Pertubuhan hak sivil Muslim terbesar di AS itu dalam kenyataan tegas menekankan pandangannya bahawa tindakan Biden sama dengan bersubahat dalam jenayah perang, dengan mengatakan “secara sedar membiayai jenayah perang melanggar undang-undang AS dan antarabangsa, menjadikan anda penjenayah perang”.
- “Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Presiden Biden untuk terus membekalkan senjata maut kepada kerajaan Israel walaupun selepas (Perdana Menteri) Benjamin Netanyahu melanggar tarikh akhir 30 hari yang ditetapkan pentadbiran (AS) untuk Israel menghentikan kebuluran Gaza,” kata kenyataan CAIR dipetik agensi berita Anadolu, hari ini.
- Lapan pertubuhan bantuan kemanusiaan, termasuk Anera dan Oxfam, pada Selasa mengeluarkan laporan mengatakan Israel “bukan sahaja gagal memenuhi kriteria AS yang akan menunjukkan sokongan kepada tindak balas kemanusiaan, tetapi mengambil tindakan secara mendadak yang memburukkan keadaan di lapangan, terutama di utara Gaza”.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Rabu mengisytiharkan Presiden Joe Biden sebagai “penjenayah perang” atas keputusannya untuk terus membekalkan senjata kepada Israel walaupun rejim itu gagal memenuhi tarikh akhir dimandatkan Amerika Syarikat (AS) bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
Pertubuhan hak sivil Muslim terbesar di AS itu dalam kenyataan tegas menekankan pandangannya bahawa tindakan Biden sama dengan bersubahat dalam jenayah perang, dengan mengatakan “secara sedar membiayai jenayah perang melanggar undang-undang AS dan antarabangsa, menjadikan anda penjenayah perang”.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Presiden Biden untuk terus membekalkan senjata maut kepada kerajaan Israel walaupun selepas (Perdana Menteri) Benjamin Netanyahu melanggar tarikh akhir 30 hari yang ditetapkan pentadbiran (AS) untuk Israel menghentikan kebuluran Gaza,” kata kenyataan CAIR dipetik agensi berita Anadolu, hari ini.
Dalam surat bertarikh 13 Oktober dihantar Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin kepada rakan sejawat Israel mereka, AS menggesa Israel memperbaiki keadaan kemanusiaan Gaza dalam tempoh 30 hari atau menghadapi akibatnya.
Surat itu menggariskan tuntutan khusus, termasuk keperluan untuk sekurang-kurangnya 350 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari dan arahan untuk menahan diri daripada menerima pakai undang-undang kontroversi yang akan melarang semua aktiviti agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.
Jabatan Negara AS pada Selasa berkata ia tidak mempunyai perubahan dasar untuk diumumkan walaupun rejim Israel gagal meredakan krisis kemanusiaan di Gaza.
“Kami, pada masa ini, tidak membuat penilaian bahawa rakyat Israel melanggar undang-undang AS,” kata Jabatan Negara AS.
Lapan pertubuhan bantuan kemanusiaan, termasuk Anera dan Oxfam, pada Selasa mengeluarkan laporan mengatakan Israel “bukan sahaja gagal memenuhi kriteria AS yang akan menunjukkan sokongan kepada tindak balas kemanusiaan, tetapi mengambil tindakan secara mendadak yang memburukkan keadaan di lapangan, terutama di utara Gaza”. – The Merdeka Times